aBoUt My LiFe

aBoUt My LiFe
LiFe iS FaR aWaY

08 Januari 2012

Saya sudah berenti kerja.!!!

5 Januari lepas aku buat keputusan untuk berenti kerja serta merta sebab sudah tidak tahan dgn environment dan cara kerja di syarikat tempatku berkerja. Kerja tak kira masa. Ada masanya terpaksa kerja sampai 7 hari seminggu. Cuba bayangkan jika anda ditempat saya, terpaksa kerja selama 20 hari tanpa  henti. Mesti penat fizikal dan mentalkan? Sudah lama aku hendak berhenti kerja, cuma masanya yang tidak sesuai. Bila peluang terbuka luas, aku apa lagi, terus bertindak tanpa toleh ke belakang lagi. Walaupun kerja itu menjanjikan masa depan yang cerah, aku sudah tidak sanggup merana jiwa raga, fizikal mental yang terpaksa diserahkan kepada companyku. aku sudah habis fikir sebelum buat keputusan melulu. Apa yang aku perlu takutkan? Aku ada hak untuk mempertahankan diriku. Hak sebagai manusia normal, bukan manusia abnormal. Aku terasa perit untuk kerja dgn company yang menawarkan gaji mahal, tapi hari bekerja tidak tentu masa. Boleh dikatakan tiada masa untuk rehat dan tenangkan fikiran.

Lepas ini aku perlu mencari kerja yang betul2 boleh bagi aku kepuasan bekerja, bukan bekerja kerana terpaksa. Aku perlu kerja dengan hati yang ikhlas, barulah berkat kerja yang kita lakukan. Bila berkat, Allah pun suka, kita hidup pun tidaklah byk sangat cabaran dan dugaan sebab niat kita kerja kerana beribadah kepada Allah.

Apa-apa pun, aku happy sekarang. Walaupun masih mencari2 lubang kerja yang sesuai, yang penting hai kita ikhlas dengan kerja yg kita lakukan, dan kita redha dengan apa yang berlaku. Kita tidak boleh salahkan takdir semata-mata. Perlulah berusaha dan tawakal. Selalu meminta pertolongan dari Allah dalam apa jua dugaan yang datang menimpa.

Sekarang aku cuba untuk menjadi seorang muslimah yang setia dengan ajaran Allah S.W.T. Mungkin lepas ini aku akan membuat perhijrahan yang agak drastik untuk masa depanku. Tunggu dan lihat sajala apa yang akan berlaku. Yang penting, apa yang kita lakukan itu mendapat keredhaan dariNya. (@__@)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Listen to Quran 2

Instagram

Cari Blog Ini

WELCOME 2 MY BLOG

SELAMAT MEMBACA. SAYA AKAN UPDATE INFO2 YANG BERGUNA UNTUK ANDA