aBoUt My LiFe

aBoUt My LiFe
LiFe iS FaR aWaY

18 Disember 2011

main paintball dgn company..

Hari ini aku pi main paint ball kat pisa, p.pinang. ni adalah company activity. Terpaksa join la.. 1st time main paint ball, blur2 skit la. lepas 2nd round, dh tau main, tapi takut nak lari ke tempat lain. Terpaksa duduk kt tempat sama je.

Masa round ketiga, aku sudah tak berani masuk dalam medan perang. Aku surrender awal2 sebab terpaksa ulang alik ke toilet jer. kaki pun rasa kebas2. Habis berpeluh 1 tubuhku.. Perasaan takut n rasa mahu cepat2 habis je games tu..

Melalui pengalaman ini, aku sedar bahawa aku seorang yang penakut dan tidak berani sahut cabaran. Aku takut kena tembak dan takut mati..

Dalam kehidupan, kalau kita takut untuk berhijrah, kita akan mati atau terpaksa menyerah kalah. Tak kira la dalam apa bidang pun, kita perlu berani hadapi apa jua rintangan yg mendatang. Aku tahu cakap saja, tapi kenyataannya amat pahit untuk ditelan..

Dalam hidupku, aku masih terkapai2 mencari2 seseorang yang dapat memberikan aku semangat untuk aku teruskan perjuangan. Sebenarnya aku sudah takut untuk mencari sebab aku tahu aku keputusannya akan menghampakan aku. Lebih baik aku berdiam, jd observer saja. Dari terburu2 menembak ke sasaran yang aku tidak tahu siapa sasaran itu.

Biarlah Tuhan yang tunjukkan kuasanya. Aku sudah tidak mampu melawan kuasanya. Penat, sudah menyerah kalah. Aku insan yang lemah. Dulu aku berlagak, aku pantang dicabar. Tetapi itu sudah berlalu aku sudah tidak sekuat dulu untuk menghadapi ranjau yang berduri ini. Sudah banyak luka dan kesakitan yang terpaksa  aku lalui. cukuplah setakat ini cerita aku. Hidup yang penuh emosi. Sebab itu tiada siapa yg mahu dekat..

Entry baru.. Hehehe..

Hurm, sekejap je dh hujung tahun. Dah nak habis pun tahun 2011. Rasa banyak sudah perkar yang berlaku pd tahun ni. Asam, pedas, manis, masin, semua ada bercampur aduk mendadi satu. Itulah lumrah kehidupan kan? Aku baru saja baca satu blog yang paling menarik pada aku. Kisah hidupnya terlalu bahagia bagiku. Telah menemui cinta yang dicari selama ini. AKU??? Biarlah.. Hanya Tuhan yang tahu siapa jodohku.

Hari ini, lepas kerja, terus pergi Queensbay. Rancangnya nak cr buku n beli keperluan dapur skit. tapi bila dh ada duit dlm poket, smua benda yang nak dibelinya. adui, cepat la aku pokai. huhu.. Camner nk jimat lau smua rasa nak beli jer?

Ada byk buku yang berguna kat popular, pilih punya pilih, dpt la satu buku yg bertajuk 365 ways to live the law of atteraction. Mulanya pilih buku versi melayu yg bertajuk melawan negatif. Pastu pilih punya pilih, hati sudah jatuh hati dgn buku ini. Pastu aku pi beli lak mini white board. Hurm, apa nk buat. dah suka, terus beli tanpa pikir panjang huhu. Lepas membuat pembayaran, aku ke Jusco tuk beli barang dapur skit. punya la lama pusing2 dalam Jusco tu, akhirnya aku berjaya membelanjakan hampir kesemua wang dlm wallet ku. hehe. Biasa la, kalau tak boros, bukan perempuan namanya betui tak?

Boros punya pasal, nanti tak pasal2 kena ikat perut dalam seminggu lak untuk makan. huhu. Tu la, nafsu manusia terutama wanita, perlu kawal ye. Kalau tak, semua benda yg menarik je nk di beli. Kalau boleh beli dunia, dengan dunia sekali dibelinya..

Esok aku ada company activity pulak, tapi mata ni tak mahu tutup lagi. Makin galak dia buka. Dah la aktiviti esk main paint ball. First time aku nak main ni,  tak tahu cmner nak main. huhu. Ala hentam je la hehe. yang penting dpt tembak orang.

Ok la, aku pun dah penat, perlu berundur dulu. bye3.. sampai ketemu lagi ye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Listen to Quran 2

Instagram

Cari Blog Ini

WELCOME 2 MY BLOG

SELAMAT MEMBACA. SAYA AKAN UPDATE INFO2 YANG BERGUNA UNTUK ANDA