aBoUt My LiFe

aBoUt My LiFe
LiFe iS FaR aWaY

18 Disember 2011

main paintball dgn company..

Hari ini aku pi main paint ball kat pisa, p.pinang. ni adalah company activity. Terpaksa join la.. 1st time main paint ball, blur2 skit la. lepas 2nd round, dh tau main, tapi takut nak lari ke tempat lain. Terpaksa duduk kt tempat sama je.

Masa round ketiga, aku sudah tak berani masuk dalam medan perang. Aku surrender awal2 sebab terpaksa ulang alik ke toilet jer. kaki pun rasa kebas2. Habis berpeluh 1 tubuhku.. Perasaan takut n rasa mahu cepat2 habis je games tu..

Melalui pengalaman ini, aku sedar bahawa aku seorang yang penakut dan tidak berani sahut cabaran. Aku takut kena tembak dan takut mati..

Dalam kehidupan, kalau kita takut untuk berhijrah, kita akan mati atau terpaksa menyerah kalah. Tak kira la dalam apa bidang pun, kita perlu berani hadapi apa jua rintangan yg mendatang. Aku tahu cakap saja, tapi kenyataannya amat pahit untuk ditelan..

Dalam hidupku, aku masih terkapai2 mencari2 seseorang yang dapat memberikan aku semangat untuk aku teruskan perjuangan. Sebenarnya aku sudah takut untuk mencari sebab aku tahu aku keputusannya akan menghampakan aku. Lebih baik aku berdiam, jd observer saja. Dari terburu2 menembak ke sasaran yang aku tidak tahu siapa sasaran itu.

Biarlah Tuhan yang tunjukkan kuasanya. Aku sudah tidak mampu melawan kuasanya. Penat, sudah menyerah kalah. Aku insan yang lemah. Dulu aku berlagak, aku pantang dicabar. Tetapi itu sudah berlalu aku sudah tidak sekuat dulu untuk menghadapi ranjau yang berduri ini. Sudah banyak luka dan kesakitan yang terpaksa  aku lalui. cukuplah setakat ini cerita aku. Hidup yang penuh emosi. Sebab itu tiada siapa yg mahu dekat..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Listen to Quran 2

Instagram

Cari Blog Ini

WELCOME 2 MY BLOG

SELAMAT MEMBACA. SAYA AKAN UPDATE INFO2 YANG BERGUNA UNTUK ANDA