aBoUt My LiFe

aBoUt My LiFe
LiFe iS FaR aWaY

05 Disember 2012

My New Life


Assalamualaikum.. harap ceria-ceria selalu.. Kita hidup mestilah sentiasa ceria untuk awek muda kata orang la kan? Apa-apa pn yang berlaku dalam hidup kita, ada hikmah disebaliknya.. Banyak-banyakkan berdoa dan berzikir pada Allah S.W.T supaya dipermudahkan segala urusan. Salam senyum semanis-manisnya.. Happy always... =)

18 November 2012

Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah!! Rasanya tidak terlambat untuk saya ucapkan salam tahun baru untuk umat islam di seluruh dunia. Seperti biasa, setelah peralihan tahun, mesti ada azam yang baru,. Bak kata pepatah, buang yang keruh, ambil yang jernih. Yang berlalu dijadikan pedoman hidup supaya kita tidak mengulangi setiap kesilapan yang kita telah lakukan pada masa hadapan. Jadi, untuk tahun baru hijrah ini, saya juga mempunyai keazaman yang baru. Saya ingin membuang perkara yang lama, menyucikan diri dari segala dosa dan noda yang telah dilakukan secara sengaja ataupun secara tidak sengaja. Kita sebagai manusia, perlu berubah kearah yang lebih baik. Berhijrah daripada kelakuan yang buruk kepada kelakuan yang baik. Sesungguhnya orang yang berhijrah kearah kebaikan itu adalah orang yang sedar akan kedudukannya di dunia ini. Kita berhijrah bukanlah sesuatu yang mudah. Perhijrahan itu memerlukan kesabaran yang tinggi, keimanan dan ketakwaan kepada Alalh. Setiap apa yang kita rancang, tidak semestinya berjalan dengan lancar. Sebab kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukannya. 


Dalam perhijrahan ini, banyak perkara yang perlu aku titik beratkan supaya ia bukanlah peghijrahan hangat-hangat tahi ayam. Pada awal tahun sahaja menjadi, setelah bebarapa bulan, kembali kepada kedudukan asal. Kita perlulah berusaha untuk mencapai apa yang kita impikan. Tidak lupa untuk bermunajat kepada Allah S.W.T, berdoa, solat hajat, meminta Taubat dan keampunanNya. Insyallah, perhijrahan yang kita impikan akan berkekalan. Jika kita berhijrah, kita tidak perlu menoleh kebelakang, yakni perkara yang lampau, perlu dilupakan. Sekiranya kita bersungguh-sungguh melakukan amal ibadat tanpa jemu, Allah S.W.T tidak jemu mendengar dan Dia akan memakbulkan doa setiap hambaNya yang bertaubat. Semoga perhijrahan yang diimpikan akan dilaksanakan dengan jayanya.. Insyallah!! Allahuakbar!!!!

30 Jun 2012

Tentang Si Dia



Cerita hari ni adalah tentang si dia.. Siapa si dia tu ek? Mungkin ramai yang tak tahu dan x ambik kisah pun kisah saya dengan si dia. Kiasah kami bermula dari perkenalan dari sebuah laman sosial (bukan fb). Masa tu, aku memang suka post kata2 yang merangsang minda dan ada juga kata2 jiwang. Sebab aku suka tulis apa yang aku fikirkan. Mulanya si dia just komen2 je kt status aku. Aku pun suka komen status dia sebab semua status dia, aku suka. Memang menarik minatku untuk memberikan ulasan. Kadang2 status dia berkisar tentang kehidupannya, kadang2 tentang pendapat, atau kata2 hikmah. Aku tengok dia cam alim jgk la.. Ada pengetahuan agama. Itu la my first impression terhadap dirinya. Lagi pula, senyumannya menawan. Memikat hatiku. Pada mulanya, aku just anggap kenalan biasa yang suka2 komen2 dalam laman sosial tersebut.




Pada suatu malam, si dia mula memberanikan diri mesej kat aku dalam laman soaial tersebut. Dia meminta email ym aku.. masa tu, aku kat ruang tamu, tengok tv. Bila masuk bilik je, aku tengok ada mesej dari dia. Mula2 aku biasa2 je, just tanya kenapa nak ym aku. Pastu dia cakap xde pepe. saja je.. so, at last aku pun bagi jugak la email ym ku..








 Dia mintak no fon, katanya ada something nak tanya. Mulanya, aku cam xnak bg je. Fikir punya fikir, apa salahnya jika aku just nak kawan dgn dia kan kan kan....??? So, malam tu, dia terus call aku la. Tapi aku suruh dia call back dlm masa 5 minit sebab masa tu, aku dah terlewat tuk solat isyak. So, after solat, aku ym la kat dia, suruh dia call semula. First time dengar suaranya, hatiku berdetak 'ok jugak suara mamat ni. Macho orang kata. Aku cam biasa la, wat ayat sengal. Cakap cam tau semua benda.. Cam berlagak pun ada.. ehhe.. Tu la, bila difikirkan balik, aku pun x tau kenapa aku cakap dgn dia cam tu..




to be continue....

15 Jun 2012

JOM KAHWIN???

Aku bukak fb cam biasa la.. ada la ternampak 1 gambar kartun.. bila baca isi dalam gambar tu, tetiba aku terasa cam nak kahwin jew.. Terlalu banyak dosa yang kita lakukan samada secara sedar ataupun tidak sedar..

tapi ada ke lelaki yang nak propose aku cam tu? hurm, nampak gayanya kena tunggu bertaon2 la ye.. bila la akan tiba masa yg sesuai untukku berkahwin, membina keluarga. Bilakah agaknya aku dapat merasa kebahagiaan memiliki keluarga sendiri??

31 Mei 2012

Kenapa!!!

Ya Allah!!.. Kenapa dia buat camni padaku disaat hatiku berbunga2 menerimanya.. Walaupun ada sedikit kekeliruan, namun aku telah dibutakan oleh hatiku. Kenapa saat ini, si dia menoleh dariku? Kenapa si dia menuduhku yang bukan bukan? Hanya kerana aku tidak penuhkan permintaannya? Ya Allah! Apakah dugaan yang telah Engkau berikan padaku? Aku redha dengan setian ujianmu ini. Tetapi aku tidak mengerti kenapa si dia menuduhku begitu. Bila ku tanya, si dia tidak menjawab. Malah menuduhku telah memainkan perasaannya. Ya Allah!! aku takut sekali..

   Kenapa boleh jadi begini? Berilah aku jawapan yang pasti.. Aku selalu mengikuti perkembanganmu dalam diam.. Tanpa kau sedari, aku ingin mengetahui kemanakah kau pergi membawa diri setiap hari.. Namun, Kau tak pernah tanya atau ambil tahu tentang perasaanku.. Kau membiarkanku memikirkan kemungkinan- kemungkinan yang menakutkan. Kenapa Engkau tega membuatku begini? Kenapa? Aku butuhkan penjelasan darimu..

   Kenapa engkau melarikan diri dariku? Kau biarkan aku fikir yang buruk-buruk tentang dirimu.. Tapi aku menidakkan.. Aku cuba berperangsaka baik sebab aku teramat sayang dan cintakanmu. Ternya kau tega lukakan sekeping hatiku ini.. Kau koyakkannya menjadi serpihan halus.. Kau berikan ku harapan, tapi kau tinggalkan aku tanpa khabar berita.. Setiap hari aku tunggu panggilan dan SMS darimu. Namun ternyata sia-sia. Aku hanya rindukan bayangan mu. Aku tidak tahu apakan perasaanmu terhadapku. Engkau selalu hilang disaat aku memerlukanmu.. Aku rindukan dirimu yang dulu.. Sewaktu diawal perkenalan kita.. Yang selalu mengambil berat terhadapku. Keadaan itu membuatkan aku disayangi dan dihormati..

   Kenapa engkau buat aku begini? Kau dah 'sentuh' aku dalam hati dan jiwaku.. Setelah itu, kau pergi membawa bayanganmu tanpa dapat dikesan. Engkau tidak pernah kirimkan beritamu padaku.. Disaat hatiku mulai pudar terhadapmu, engkau kembali lagi dalam hidupku.. Kau tanyakan soalan yang buatku tertanya-tanya siapa aku dihatimu? Senang- senang kau datang dan pergi tanpa memberitahuku? Sekali lagi hatiku mula penuh dengan bunga-bunga cinta walaupun waktu itu aku makin keliru dengan permainanmu. Aku ingin meluahkan yang aku sedia untuk sehidup semati denganmu walau apa pun risiko yang perlu aku terima. Aku pernah mengutarakan perkataan ini padamu. Aku tidak kisah engkau siapa, kerjaya mu apa, aku tidak kisah.. Yang aku tahu, engkau sudah bertahta dihatiku.. Tapi Hari ini, kau musnahkan ia dgn tuduhan palsu? Dari mana dikau mendapat cerita yang aku main-mainkan dirimu? Engkau ada bukti untuk menyatakan begitu? Jika ya, tunjukkan padaku. Biar aku tahu apakah kesalahanku.

  Aku rela dibuang keluarga keranamu.. Tapi ini yang aku dapat setelah separuh mati aku mencintaimu!! Engkau kejam!!! Tapi kenapa aku masih lagi mengharapkan cintamu? Kenapa? Sebab dalam hati ini hanya engkau seorang yang telah mencuri hatiku dan membawanya pergi.. Maafkan aku kerana tidak menunaikan permintaanmu itu kerana aku takut. Aku teramat takut untuk menjatuhkan air muka dan maruah keluargaku. Aku tidak sanggup dihina dan dicaci.. Aku harap engkau faham kenapa aku meminta maaf berkali-kali. Sebab aku tidak sanggup untuk hampakanmu. Bila berdepan denganmu, aku tiada kuasa untuk menolak setiap permintaanmu.. Aku sangat lemah sekali. Imanku tak kuat.. MFS.. tolong maafkan aku dan mengerti kenapa aku cakap begitu sewaktu engkau menghubungiku petang tadi. Tolonglah angkat telefon supaya aku bisa jelaskan?..

17 April 2012

Jiwaku Tersiksa!!!

   Apalah nasibku ini.. Selalu disakiti dalam diam.. Aku berserah saja apa pun yang berlaku. Aku sudah tiada kekuatan untuk melawan takdir. Jika inilah yang dikatakan takdirku, hidupku di dunia ini, aku terima dengan hati terbuka. Hatiku sudah hancur berkecai. Sudah terbakar!!! Sudah tiada rasa apa yang tersimpan..

   Jiwaku kosong!! Jiwaku merana!!.. Tidakkah kau tahu perasaanku bagaimana? Aku tidak suka fikir yang bukan bukan. tetapi kenapa engkau tidak mahu menjelaskan semuanya padaku? Apakah kebenarannya? Dimana kebenarannya? Tegakah engkau meragut tangkai hatiku sampai ianya jatuh berkecai. Sehingga tidak dapat diselamatkan? Tegakah engkau merosakkan jiwaku?

   Mungkin dikau gembira melihat penderitaanku ini. Aku sudah tiada tempat bergantung.. Arghhh LELAKI!! Semua sama jer.. Lidah bercabang.. kata kata manis bersulam taring. Mana bisa aku menempisnya sebab aku sudah lemah selemah lemahnya.. Aku sudah tidak berdaya lagi!!..

   Jiwa yang sepi ini.. Selalu menangis pabila terkenangkanmu.. Argh!!! Persetankan lah. Bukan kau tahu pun isi hatiku.. Sebab itu senang senang kau robekkan hatiku ini kan? Aku menjadi gila bayang kau tau tak? Aku tak tahu macam mana harusku buang kau dalam diary hidupku.. Sebab dikau selalu sahaja muncul..

   Giler!! memang aku sudah gila!!.. Tergila gilakan lelaki yang tidak mempedulikan aku!! Sebab itu aku jadi sakit sekarang.. Jiwaku sakit.. Hatiku hancur..  Aku tidak tahu bagaimana harusku ubati.. Kerana Doktor perubatan tidak mampu untuk mengubatinya..

29 Mac 2012

Blues!!!

Aku tak faham la jiwa lelaki!!.. Kenapa? Aku dah  buat pengakuan berani mati padanya!! Aku tak kisah kisah silamnya.. Aku dah mula sayangkannya.. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh jatuh hati padanya. Salahkah aku? Menagih kasih pada orang yang tak sudi?? Aku tidak harapkan balasan cintanya. Apa yang aku tahu, aku perlu jujur padanya.. Nyata aku telah membuat pengakuan itu, yang wanita diluar sana malu untuk mengaku bahawa dia jatuh hati pada lelaki.. Ye dulu aku pun begitu. Disebabkan aku sangat malu untuk meluahkan, aku merana sendirian.

Bodohkan? Tindakan ku ini boleh kukira bodoh sebab menjatuhkan maruah diri dihadapan lelaki?? Menangis kerana lelaki? 'Hey, dimanakah keegoanmu? Dimanakah prinsip yang kau pegang dulu? Masihkah kau ingat prinsip yang kau cipta sendiri sewaktu kau dibangku sekolah?? Kau yang membuat prinsip hidupmu bahawa diri kau tidak perlukan lelaki? Diri kau tidak akan mencintai lelaki? Apa kau dah lupa semua prinsip kau?'

Tak, aku tak lupa... Prinsip aku yang satu!! Aku akan belajar jatuh cinta pabila aku tamat pengajianku. Nah sekarang aku sudah tamat pengajian. Aku tidak bercinta sewaktu belajar.. Sebab aku takut kecundang.

Taapikan, aku tidak tahu bagaimana rasanya disayangi, dicintai oleh orang yang kita cintai.. Aku ini bodoh dalah hal percintaan. Aku sudah jauh ketinggalan.. Usiaku sudah menginjak tua.. Tetapi soal jodoh?? Masih belum ketemu.. Banyak halangan yang terpaksa aku tempuhi.. Banyak sangat dugaan yang terpaksa aku hadapi dalam hidup ini.. Memang semua dugaan ini mematangkan diriku.. Aku takut menjadi ANDARTU.. Aku takut sangat2..

Memang aku ingin membina kerjaya. Tetapi siapa yang akan menjadi tulang belakangku? yang selalu menyokong segala keputusan yang aku ambil??

Kini segalanya musnah.. Angan2 ku hanya angan2 mat jenin.. Yang tidak tahu bila akan menjadi nyata..
Bodohkah aku dalam mencari CINTA yang SUCI??

Menangislah sepuas-puasnya kerana kau bodoh dalam memilih lelaki!!

27 Mac 2012

Sakit Hati Lagi!!

Ya Allah, apakah ujianmu kepadaku ini? Hambamu ini masih lemah selemahnya dalam menghadapi cabaran dan pancaroba dalam kehidupan.. Tidakku sanggup bercinta lagi sekiranya hanya mainan dusta..

Bahagia yg ku pinta, sengsara yg Kau berikan.. Aku sudah tidak sanggup mencari cinta yang lain.. Aku sudah penat, sudah bingung dengan ketetapan hidup ini. Apakah aku akan begini selamanya? Pintu hatiku telah berjaya diketuk, tetapi ia memakan diriku.. Adilkah ini?? Oh tidak!!!

Aku tidak dambakan kasih sayang seorang insan sekiranya ia menyakitkan hatiku.. Hatiku terluka berdarah.. Akan mengambil masa untuk sembuh..

Kenapa aku resah? Kenapa? Aku sudah tidak mahu bercinta sebab cinta itu menyakitkan jiwaku.. Sebab cinta adalah santapan jiwa.. sekiranya cinta itu menyakitkan, maka jiwa akan merana.

Aku tidak sanggup mencari cinta sebegini!! Aku dh bosan, dh penat, dh bengang dgn cinta sementara. Yang hanya memakan diriku sendiri!!..

Buat apa aku rindukan org yg x rindukan aku?? Ya Allah!! Jauhilah aku dari jatuh cinta lagi!! Aku sudah tak sanggup menanggung derita ini!!!


Terima Kasih sebab berjaya membuatkan hatiku hancur berkecai!!! Jiwaku kosong!!!

22 Januari 2012

Kenapa hatiku sering sakit walaupun tiada siapa yg menyakitinya??

Kenapa perlu jd begini? apa sebabnya?
azam tahun baruku adalah aku ingin melupakan dia. Ternyata aku telah memadamkan nombor handfonnya dr senarai kenalanku. Malah aku tidak menghubunginya langsung sama ada melalui facebook ataupun melalui email dan handfon. Aku betul2 ingin melupakan dia. Beberapa hari lepas, secara tiba2 aku terbayang2 wajahnya ditubir mataku. Kenapa ia perlu muncul sedangkan aku tidak mahu? Aku buat tidak tahu je tentang perkara itu. Lebih mengejutkan, semalam dia menghubungi aku setelah sekian lama menyepi. Apakah ini satu petanda? Tapi petanda apa? Setiap kali aku ingin melupakan dirinya, semakin jauh ingatanku kepadanya, tetiba dia muncul dalam alam nyata. Aku tidak boleh mengelak dari bertemu dengannya sebab ini adalah kali pertama dia datang ke daerahku ini. Sewaktu menunggu dia sampai, sudah kecut perutku, sudah kecut urat nadiku.. Hatiku berdebar2. Kenapa hal ini berlaku padaku? Sedangkan aku dalam usaha untuk melupakan dia.?

Setelah bertemu dengannya lewat petang semalam, memang aku tekad untuk tidak bertemu dengannya lagi. Hatiku terasa sakit sangat2 selepas berjumpa dengannya.Aku pun tidak tahu kenapa. Sampaikan aku tidak bisa lelap memikirkan tentang hal ini. Hatiku merintih, menangis,. aku pun tidak tahu kenapa. Aku tidak mahu perasaan ini terus hadir ke dalam hidupku. Aku sudah bosan dengan mainan perasaan ini. Dia tidak tahu perasaanku ini. Aku jadi sakit hati dengan setiap kata2nya. Segala masalahku yang lalu, diwar-warkan kepada sahabatnya,. Kenapa? Kenapa dia sanggup melukankan hatiku dengan memberitahu tentang diriku kepada kawannya? Padahal perkara itu sepatutnya dia rahsiakan daripada pengetahuan umum. Ini adalah soal maruahku. Aku percaya dia sebagai kawan baikku, sebab itu aku tidak segan silu meluahkan setiap apa yang berlaku disekelilingku. Tidak kira la perihal suka atau duka. Sebagai sahabat baik, dia tidak perlu mengungkit perkara yang dah berlalu. Lebih leih lagi dihadapan orang lain. Malu bukan kepalang aku. Tetapi dikontrol aja perasaanku ini. Nasib baik aku berwajah selamba. Sebab itu aku sakit hati, Orang yang aku menaruhkan sepenuh kepercayaanku terhadapnya telah mencorak carikkan persahabatan kami secara tidak sedar. Memang selepas ini aku tekad untuk tidak menghubunginya lagi. Malah jika dia menelefon atau sms sekalipun, aku tidak akan layan. Aku sudah penat dengan permainan hidup yang sebegini. Tiada kawan yang boleh dipercayai 100%. Sebab semuanya sama saja. Suka tengok kesedihan orang lain dengan kata2 berbisa yang tidak disedari oleh mereka yang melontarkan kata2 itu.

Aku sudah penat menangis, merintih sesakitan daalam hatiku ini. Sesungguhnya aku adalah seorang insan yang lemah lagi tidak berdaya.

08 Januari 2012

Saya sudah berenti kerja.!!!

5 Januari lepas aku buat keputusan untuk berenti kerja serta merta sebab sudah tidak tahan dgn environment dan cara kerja di syarikat tempatku berkerja. Kerja tak kira masa. Ada masanya terpaksa kerja sampai 7 hari seminggu. Cuba bayangkan jika anda ditempat saya, terpaksa kerja selama 20 hari tanpa  henti. Mesti penat fizikal dan mentalkan? Sudah lama aku hendak berhenti kerja, cuma masanya yang tidak sesuai. Bila peluang terbuka luas, aku apa lagi, terus bertindak tanpa toleh ke belakang lagi. Walaupun kerja itu menjanjikan masa depan yang cerah, aku sudah tidak sanggup merana jiwa raga, fizikal mental yang terpaksa diserahkan kepada companyku. aku sudah habis fikir sebelum buat keputusan melulu. Apa yang aku perlu takutkan? Aku ada hak untuk mempertahankan diriku. Hak sebagai manusia normal, bukan manusia abnormal. Aku terasa perit untuk kerja dgn company yang menawarkan gaji mahal, tapi hari bekerja tidak tentu masa. Boleh dikatakan tiada masa untuk rehat dan tenangkan fikiran.

Lepas ini aku perlu mencari kerja yang betul2 boleh bagi aku kepuasan bekerja, bukan bekerja kerana terpaksa. Aku perlu kerja dengan hati yang ikhlas, barulah berkat kerja yang kita lakukan. Bila berkat, Allah pun suka, kita hidup pun tidaklah byk sangat cabaran dan dugaan sebab niat kita kerja kerana beribadah kepada Allah.

Apa-apa pun, aku happy sekarang. Walaupun masih mencari2 lubang kerja yang sesuai, yang penting hai kita ikhlas dengan kerja yg kita lakukan, dan kita redha dengan apa yang berlaku. Kita tidak boleh salahkan takdir semata-mata. Perlulah berusaha dan tawakal. Selalu meminta pertolongan dari Allah dalam apa jua dugaan yang datang menimpa.

Sekarang aku cuba untuk menjadi seorang muslimah yang setia dengan ajaran Allah S.W.T. Mungkin lepas ini aku akan membuat perhijrahan yang agak drastik untuk masa depanku. Tunggu dan lihat sajala apa yang akan berlaku. Yang penting, apa yang kita lakukan itu mendapat keredhaan dariNya. (@__@)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Listen to Quran 2

Instagram

Cari Blog Ini

WELCOME 2 MY BLOG

SELAMAT MEMBACA. SAYA AKAN UPDATE INFO2 YANG BERGUNA UNTUK ANDA