aBoUt My LiFe

aBoUt My LiFe
LiFe iS FaR aWaY

18 November 2012

Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah!! Rasanya tidak terlambat untuk saya ucapkan salam tahun baru untuk umat islam di seluruh dunia. Seperti biasa, setelah peralihan tahun, mesti ada azam yang baru,. Bak kata pepatah, buang yang keruh, ambil yang jernih. Yang berlalu dijadikan pedoman hidup supaya kita tidak mengulangi setiap kesilapan yang kita telah lakukan pada masa hadapan. Jadi, untuk tahun baru hijrah ini, saya juga mempunyai keazaman yang baru. Saya ingin membuang perkara yang lama, menyucikan diri dari segala dosa dan noda yang telah dilakukan secara sengaja ataupun secara tidak sengaja. Kita sebagai manusia, perlu berubah kearah yang lebih baik. Berhijrah daripada kelakuan yang buruk kepada kelakuan yang baik. Sesungguhnya orang yang berhijrah kearah kebaikan itu adalah orang yang sedar akan kedudukannya di dunia ini. Kita berhijrah bukanlah sesuatu yang mudah. Perhijrahan itu memerlukan kesabaran yang tinggi, keimanan dan ketakwaan kepada Alalh. Setiap apa yang kita rancang, tidak semestinya berjalan dengan lancar. Sebab kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukannya. 


Dalam perhijrahan ini, banyak perkara yang perlu aku titik beratkan supaya ia bukanlah peghijrahan hangat-hangat tahi ayam. Pada awal tahun sahaja menjadi, setelah bebarapa bulan, kembali kepada kedudukan asal. Kita perlulah berusaha untuk mencapai apa yang kita impikan. Tidak lupa untuk bermunajat kepada Allah S.W.T, berdoa, solat hajat, meminta Taubat dan keampunanNya. Insyallah, perhijrahan yang kita impikan akan berkekalan. Jika kita berhijrah, kita tidak perlu menoleh kebelakang, yakni perkara yang lampau, perlu dilupakan. Sekiranya kita bersungguh-sungguh melakukan amal ibadat tanpa jemu, Allah S.W.T tidak jemu mendengar dan Dia akan memakbulkan doa setiap hambaNya yang bertaubat. Semoga perhijrahan yang diimpikan akan dilaksanakan dengan jayanya.. Insyallah!! Allahuakbar!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Listen to Quran 2

Instagram

Cari Blog Ini

WELCOME 2 MY BLOG

SELAMAT MEMBACA. SAYA AKAN UPDATE INFO2 YANG BERGUNA UNTUK ANDA