aBoUt My LiFe

aBoUt My LiFe
LiFe iS FaR aWaY

14 Ogos 2011

CoReTaN HaTi

   Sudah lama agaknya jariku tidak menari di atas keyboard untuk mencoretkan rasa hatiku. Macam2 aku rasa. Masam, manis, masin, pahit, payau, macam2 ada. Kenapa?? Mungkin inilah kehidupan yang perlu aku lalui sendirian. Best friend aku duk jauh nun di kampung. Jika ada apa2 masalah pun, aku akan call aje kat BFF aku. Rupanya sudah besar aku sebab aku belh berdikari tanpa bantuan orang lain. Mula2 agak sukar untukku memulakan hidup dirantauan. Namun, aku tabahkan hati, cekalkan semangat untuk tempuhi apa jua cabaran yang mendatang. Sedikit sebanyak aku sudah tahu bagaimana peritnya untuk mencari wang hasil titik peluh sendiri.
   Selama ini, aku hanya habiskan duit ibu bapa aku sahaja. Namun aku masih tahu berjimat sebab tidak mahu menyusahkan mereka. Aku harungi apa jua dugaan yang mendatang dengan sabar. Akhirnya aku sudah boleh bernafas sedikit.
   Soal hati? Kenapa pula nak menyoal pasal hati? Siapa pilihan hatiku? Aku pun tidak tahu dan tidak dapat mencari kenapa aku masih lagi single mingle. Orang kata, single ni boleh enjoy, tapi kadang-kadang kita akan rasa kesunyian sebab bila kawan2 kita tiada berdampingan dengan kita, kita akan merasa keseorangan dan sunyi. Hati kita kosong, jiwa kita sunyi. Masa itu, siapa pun tak dapat ubati kerana kesunyian itu tidak dapat kita carikan penawarnya. Jika ada yang sudi mengisi kekosongan hati ini, seribu kali aku hulurkan. Aku tidak mahu sesakan hati dan jiwa aku dengan masalah jiwa yang akan menyebabkan kita terleka dan merana.
   Oleh itu, aku hanya biarkan sahaja hatiku mencari sendiri siapa yang layak memilikinya. Namun, dalam pencarianku, aku merasakan ada seseorang yang telah mendapat tempat dihati aku. Tetapi aku tidak pasti. Ynag pasti, aku tidak mahu si dia menyesakan minda dan jiwa aku, Kalau boleh, aku mahu lupakan dia. Aku mahu lari jauh dari dia. Aku tidak mahu rasa ini menghantuiku lagi. Adui, macam mana ek nk hilangkan? Kenapala ia terjadi kepadaku? Aku tak minta untuk mengingatinya. Aku tak pinta untuk berkenalan denganya. Aku tak pinta untuk bertemu denganya, Aku tak pinta untuk hati ini merasa kasih kepadanya. Ya Allah Kau tolonglah hambamu ini. Berikanlah aku jalan yang terbaik untuk hidupku ini. Aku ingin teruskan hidupku tanpa rasa tidak selesa seperti ini. Berikanlah aku kekuatan untuk hadapinya.. Aku tidak mahu mengganggu hidup orang lain. Biarlah aku derita asal orang bahagia..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Listen to Quran 2

Instagram

Cari Blog Ini

WELCOME 2 MY BLOG

SELAMAT MEMBACA. SAYA AKAN UPDATE INFO2 YANG BERGUNA UNTUK ANDA