aBoUt My LiFe

aBoUt My LiFe
LiFe iS FaR aWaY

22 Januari 2012

Kenapa hatiku sering sakit walaupun tiada siapa yg menyakitinya??

Kenapa perlu jd begini? apa sebabnya?
azam tahun baruku adalah aku ingin melupakan dia. Ternyata aku telah memadamkan nombor handfonnya dr senarai kenalanku. Malah aku tidak menghubunginya langsung sama ada melalui facebook ataupun melalui email dan handfon. Aku betul2 ingin melupakan dia. Beberapa hari lepas, secara tiba2 aku terbayang2 wajahnya ditubir mataku. Kenapa ia perlu muncul sedangkan aku tidak mahu? Aku buat tidak tahu je tentang perkara itu. Lebih mengejutkan, semalam dia menghubungi aku setelah sekian lama menyepi. Apakah ini satu petanda? Tapi petanda apa? Setiap kali aku ingin melupakan dirinya, semakin jauh ingatanku kepadanya, tetiba dia muncul dalam alam nyata. Aku tidak boleh mengelak dari bertemu dengannya sebab ini adalah kali pertama dia datang ke daerahku ini. Sewaktu menunggu dia sampai, sudah kecut perutku, sudah kecut urat nadiku.. Hatiku berdebar2. Kenapa hal ini berlaku padaku? Sedangkan aku dalam usaha untuk melupakan dia.?

Setelah bertemu dengannya lewat petang semalam, memang aku tekad untuk tidak bertemu dengannya lagi. Hatiku terasa sakit sangat2 selepas berjumpa dengannya.Aku pun tidak tahu kenapa. Sampaikan aku tidak bisa lelap memikirkan tentang hal ini. Hatiku merintih, menangis,. aku pun tidak tahu kenapa. Aku tidak mahu perasaan ini terus hadir ke dalam hidupku. Aku sudah bosan dengan mainan perasaan ini. Dia tidak tahu perasaanku ini. Aku jadi sakit hati dengan setiap kata2nya. Segala masalahku yang lalu, diwar-warkan kepada sahabatnya,. Kenapa? Kenapa dia sanggup melukankan hatiku dengan memberitahu tentang diriku kepada kawannya? Padahal perkara itu sepatutnya dia rahsiakan daripada pengetahuan umum. Ini adalah soal maruahku. Aku percaya dia sebagai kawan baikku, sebab itu aku tidak segan silu meluahkan setiap apa yang berlaku disekelilingku. Tidak kira la perihal suka atau duka. Sebagai sahabat baik, dia tidak perlu mengungkit perkara yang dah berlalu. Lebih leih lagi dihadapan orang lain. Malu bukan kepalang aku. Tetapi dikontrol aja perasaanku ini. Nasib baik aku berwajah selamba. Sebab itu aku sakit hati, Orang yang aku menaruhkan sepenuh kepercayaanku terhadapnya telah mencorak carikkan persahabatan kami secara tidak sedar. Memang selepas ini aku tekad untuk tidak menghubunginya lagi. Malah jika dia menelefon atau sms sekalipun, aku tidak akan layan. Aku sudah penat dengan permainan hidup yang sebegini. Tiada kawan yang boleh dipercayai 100%. Sebab semuanya sama saja. Suka tengok kesedihan orang lain dengan kata2 berbisa yang tidak disedari oleh mereka yang melontarkan kata2 itu.

Aku sudah penat menangis, merintih sesakitan daalam hatiku ini. Sesungguhnya aku adalah seorang insan yang lemah lagi tidak berdaya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Listen to Quran 2

Instagram

Cari Blog Ini

WELCOME 2 MY BLOG

SELAMAT MEMBACA. SAYA AKAN UPDATE INFO2 YANG BERGUNA UNTUK ANDA