aBoUt My LiFe

aBoUt My LiFe
LiFe iS FaR aWaY

25 Mac 2011

Tentang apa - apa saja..

Apa yang nak dicoretkan hari ini? Hurm, aku seperti bermasalah, tapi aku pun tidak tahu apa sebenarnya masalah aku. Siapa yang boleh tolong?? Diriku juga akhirnya.. Apa-apa je la kan sebab diriku bukan dirimu. Kenapa jiwa kita perlu rasa kosong? Adakah ia petanda bahawa kita tidak menyucikan jiwa kita dengan ayat suci Al-Quran? Atau sebab kita sendiri yang hidup tanpa pedoman? Motivasi diri adalah perlu dalam diri setiap individu. Dalam apa jua yang kita lakukan, kita perlu memotivasikan diri. Dalam erti  kata lain, kita menyekat dan menghadkan ataupun membuat garis panduan tentang apa yang perlu kita lakukan. Kenapa ia perlu? Sebab, sekiranya kita tidak mempunyai garis panduan hidup, kita akan tersesat. Maknanya disini adalah hidup kita akan terumbang ambing. Aku cakap macam senang je, tapi praktiknya tidak. Kenapa ye? Apa sebab terhadap permasalahan yang kita alami? Setiap masalah yang menimpa mesti ada sebabnya dan mesti ada jalan penyelaiannya. Ia bergantung pada individu itu sendiri bagaimana untuk menghadapinya.

Kenapa perlu kita bercakap tentang orang lain sedangkan kita sendiri yang tidak bersedia apabila orang lain bercakap tentang kita? Tidak kiralah ia sesuatu yang baik atau yang buruk. Kita perlulah cerminkan diri kita dahulu sebelum kita mencerminkan diri orang lain. Jadi, adalah lebih baik kita jangan mencampuri urusan orang lain. Adalah lebih baik kita buat kerja kita sendiri. Jika mahu menegur pun, kenalah dengan cara yang berhemah. Tidak boleh menegur secara melulu. Kita tidak tahu apa tanggapan orang tentang diri kita.

Apa yang dilalutkan dalam coretan hari ini? Ada faedah ke jika dibaca? Tepuk dada, tanyalah hati masing masing. Aku sudah bosan hidup tanpa arah tuju. Aku bosan menunggu buah yang tak mahu jatuh. aku bosan buat kerja yang sama setiap hari. Aku bosan dengan segala-galanya. kenapa? Sebab aku bosan la. Boleh tak kita cakap macam tu? Sebenarnya, kita bosan disebabkan oleh penyakit malas. Jika kita rajin, mesti kita tidak akan kebosanan sebab ada saja perkara yang ingin dilakukan. Jika kita menyibukkan diri dengan kerja-kerja ataupun menyiapkan assignment sewaktu kebosanan, tidaklah timbul buat assignment secara tergesa-gesa dan tidak cukup tidur disebabkan untuk siapkannya. Oleh itu, disini kita perlu tekankan pengurusan masa. Setiap individu mempunyai aktiviti yang dilakukan seharian. Pengurusan masa adalah penting supaya kita dapat menjalani hari-hari seterusnya dengan melakukan aktiviti yang berfaedah dan tidak membuang masa. Masa itu emas. Tetapi, kenapa kita tidak mahu pegang masa itu? Kenapa kita sanggup untuk membuang 'emas'? 

Apa-apa pun semua yang terjadi terhadap diri kita adalah disebabkan oleh sikap kita sendiri. Kita yang tentukan sama ada diri kita berguna atau tidak. Oleh itu, selamat bermotivasi kepada semua sahabat handai. Renung renungkan..

07 Mac 2011

Perjalanan Hidupku

Hari ini adalah last day aku berkursus.. Aku menyertai kursus kahwin yg diadakan oleh desasiswa aman damai selama dua hari. Setelah mendapatkan sijil pra perkahwinan, hatiku tertanya2. Sama seperti ucapan2 yang telah diucapkan oleh penggawa desasiswa aman damai iaitu, "lepas ini boleh la terus kawin.. Kepada yang tiada calon lagi, boleh la tayang sijil kahwin anda kat mana2". Isyh.. taknak la cmtu.. promot cm org xde maruah diri je.. Kita ni kan perempuan, mne bleh buat cmtu.. 'Habis, nak wt camner lg? Dah hang xdak sapa yang nak? kalau ada org nak pn hang tolak mentah2'. Ala, ceq tolak pn bukan apa, dorang semua tu tak ada jaminan la.. Budak2 chatting.. Mana kita tau yg dorang ni penipu ke apa.. Tak kan la ceq senang2 nak terima orang2 cmtu tanpa usul periksa? Kahwin ni biaq la sekali seumuq hidup. Ceq tak nak pisang berbuah byk kali. Jodohku ada dimana2.. Tetapi yang nyata bukan dialam maya. Hidupku, hatiku, hanya aku dan Allah yang tau.. Tiada siapa yang boleh ubah pendirianku. Jika ada aku buat2 suka kat orang tu, sorry la ea?  ceq tak sengaja sebab ceq pun tak tau apa yang ada dalam hati ceq. ceq pun  tak tau siapa yang bakal bertahta dalam hati ceq.

Yang penting, apa yang aku buat, apa yang aku lalui, semuanya memberikan pengalaman yang bermakna buat diriku. Pengalaman hidup ini memberikan aku semangat untuk teruskan misiku. Biarlah apa yg orang nak cakap apa kat aku. Yang penting aku tau apa yang aku lakukan, dan aku tidak melakukan kesalahan ataupun menyakiti hati orang lain. Biarlah aku dengan duniaku sahaja. Pengalaman juga mematangkan pemikiranku serta membuatku terfikir2 tentang sebuah perjalanan kehidupan yang aku lalui.

Setiap individu telah dibekalkan dengan jodoh masing-masing. Hanya lambat dan cepat je jodoh itu datang. Sesungguhnya janganlah kita alpa dan leka. Selalulah meminta doa dan petunjuk supaya dipercepatkan jodoh kita. Semoga perjalan hidupku masih jauh. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Kita perlu bersabar kerana Allah suka akan orang-orang yang sabar. Allah juga suka menguji hambanya dengan pelbagai ujian. Mungkin Allah sengaja melewat-lewatkan aku bertemu dengan jodohku kerana dia sayangkan aku. Allah akan sentiasa menguji hamba2nya supaya mereka taat dan patuh pada perintahNya serta sentiasa memohon pertolongan daripadaNya.. Sesungguhnya Dialah yang maha mengetahui segala perjalanan hidup kita. Semoga aku cepat-cepat bertemu jodoh yang sesuai dengan jiwaku ini serta jodoh yang boleh membimbingku ke jalan yang diredhai olehNya. Ya Allah, Kau berikanlah aku seorang lelaki yang bertakwa kepadaMu Semoga dia dapat mendidikku supaya sentiasa mengingatiMu dan mentaatiMU. Ya Rahim, Kau tenangkanlah jiwaku yang bergelora, Kau berikanlah aku jodoh yang dapat menjamin kebahagianku didunia dan akhirat. Kau berilah seorang lelaki yang mencintaiku seadanya aku serta dia mencintaiku dan menyanyangiku keranaMu Ya Allah.. Amin ya rabbalalamin..

Kursus Kahwin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Listen to Quran 2

Instagram

Cari Blog Ini

WELCOME 2 MY BLOG

SELAMAT MEMBACA. SAYA AKAN UPDATE INFO2 YANG BERGUNA UNTUK ANDA