aBoUt My LiFe

aBoUt My LiFe
LiFe iS FaR aWaY

29 Disember 2010

ZoN BeNgaNg!!!!

     Apa nak dikata kalau kita hadapai satu situasi dimana kita perlu berdepan dengan manusia yang mempunyai sikap yang teruk?? Ada hati nak betulkan orang lain, sedangkan diri sendiri pun tak tentu hala. Sebelum betulkan orang tu, cuba la refleksikan diri tu dulu ye. Jangan main redah je, buat orang sekeliling bengang dengan sikap kamu. Setiap orang mempunyai identitinya yang tersendiri, sikap, ragam dan karenah masing2 yang tidak dapat diramalkan. Adakah anda selesa dengan rakan anda yang mempunyai sikap yang suka mengada2, suka menunjuk-nunjuk, suka membangga diri dan suka cakap dirinya lebih bagus dari orang lain?? Jika ada, apakah perasaan anda jika anda berhadapan dengan mereka? Bagaimanakah caranya untuk anda hadapi orang yang sebegini? Pastinya anda terasa menyampah untuk teruskan persahabatan dengannya. Jika sahabat anda memalukan anda dihadapan orang lain, apakah yang anda rasa walaupun anda tiada di tempat kejadian? Pasti terasa bengang yang teramat terukkan? Itu la perasaannya bila seseorang sahabat yang selama ini kita kenal, bermula dengan dia tidak tahu apa-apa, anda yang berusaha tolong dia selama ini. Tetapi semua kebaikkan anda tidak dihargai. Apakah perasaan anda? Pasti sedih dan kecewa. 

     Sewaktu kesusahan, dia datang mencari kita, tetapi sewaktu kesenangan, kita dilupakan, malah dikutuk, dikeji, dimaki hamun. Semua yang dia tak puas hati dengan kita dihamburkan keluar kepada rakannya yang baru dikenalinya. Jika rakan itu tidak mengenali anda sebagai kawannya, mesti anda tidak kisahkan? Bagaimana pula jika rakan sahabat anda itu juga mengenali anda. Mereka telah mengumpat pasal anda. Apa perasaan anda setelah mengetahui tentang perkara tersebut dari mulut orang lain. Sahabat anda telah memburuk-burukkan anda dibelakang anda. Bukan setakat seorang yang dia hamburkan, tetapi entah berapa ramai. Ni la yang dikatakan kawan makan kawan. Dihadapan baik je, pijak semut pun tak mati. Belakang, masyaAllah.. Tuhan saja yang tahu. Sebagai manusia, kita perlu lah hormat menghormati antara satu sama lain, tak kira la sebagai sahabat ataupun sebagai sesama umat islam. 

Memang benar Islam menyarankan umatnya bertegur sapa dan saling nasihat menasihati antara satu sama lain. Tetapi, individu itu juga perlulah tahu apa yang ingin dinasihati dan cermin dulu diri sendiri sebelum menasihati orang lain kerana orang akan pandang serong dan tidak mempedulikan nasihat anda sekiranya diri anda sendiri yang tidak betul. Tahu cakap je, tetapi tidak tahu melaksanakannya. Kita hidup didunia ni kena lah pandai menyesuaikan diri. Kepada sahabat yang makan cili tu, tolonglah kembali ke pangkal jalan. Anda tak akan dapat apa faedah dengan berbuat demikian. Malah makin membuatkan lebih ramai orang yang membenci diri anda. Tolonglah berubah. Sesungguhnya anda memang patut berubah. Jangan jadikan lebih ramai musuh yang menanti, tetapi jadilah sahabat yang solehah supaya kita sama-sama mendapat keberkatan didunia dan di akhirat. Amin...

Dalam dunia yang penuh mencabar ini, anda dinasihati supaya berhati-hati ketika memilih sahabat supaya hidup anda tidak terganggu dengan masalah tekanan jiwa dan perasaan benci. Kepada sahabat yang suka menunjuk2 akan kebolehan dirinya, sedarlah wahai sahabatku bahawa kamu tidak akan selamanya berada diatas. Jangan sesekali kamu lupa bahawa ramai yang benci keatas perbuatan kamu dan juga sikap kamu yang suka mementingkan diri sendiri dan juga suka mengganggap diri kamu itu lebih baik daripada orang lain. Sedarlah bahawa ramai yang sedang mencaci kamu diluarsana. Sekali kamu mencaci sahabat kamu, sepuluh kali kamu akan mendapat bali cacian daripada sepuluh orang yang telah terasa hati dengan sikap kamu. Berubahlah kearah kebaikan. Janganlah kamu menunjuk lagak kamu dimuka bumi Tuhan ini. Nauzubillahiminazalim...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Listen to Quran 2

Instagram

Cari Blog Ini

WELCOME 2 MY BLOG

SELAMAT MEMBACA. SAYA AKAN UPDATE INFO2 YANG BERGUNA UNTUK ANDA