aBoUt My LiFe

aBoUt My LiFe
LiFe iS FaR aWaY

18 April 2009

LuaHaN HaTiQu


Hari ini baru aku tahu kenapa dia ajak aku bercouple dulu. Aku ni pn satu, disebabkan tabsub sangat nak bercouple, terus terima tanpa fikir panjang. dia memang berniat utk permainkan aku. Aku je yang buta untuk menilai persahabatan itu. Hari ini, dia bagitahu bahawa dia couple dgn aku sebab senang dia nak pinjam laptopku. Dia fikir, kalau tidak couple dengan aku, dia tidak dapat apa yang dia inginkan. Lelaki, mudah sangat ambik kesempatan diatas kejujuran dan kelembutan wanita. Aku dah agak dr dulu, mase mula2 aku clash dengan dia. Aku dah agak yang dia berkawan denganku bersebab. Dasar leleki penipu. Semua lelaki samer je sikapnya. Suka ambik kesempatan diatas kelalaian, kelekaan wanita. Aku menganggap perkara ini tidak pernah berlaku kepadaku. Inilah pengajaran yang aku dapat daripada bercouple. Sebab itulah dari dulu lagi aku tidak percaya kepada cinta lelaki. Bila lelaki mahu kenalan denganku, aku tidak layan. Tetapi bila aku melangkah ke menara gading, aku teringin untuk berteman bila melihat teman-temanku sudah ramai yang berteman. Perasaanku tiada siapa yang tahu, tiada siapa yang peduli. Aku sendirian terkapai-kapai. Mungkin lepas ini aku sukar untuk terima mana-mana lelaki dalam hidupku. Aku reda jika inilah ketentuan Yang Ilahi. Aku Reda dengan segala ujianMu Ya Allah. Mungkin lepas ini aku akan lebih tabah untuk hadapi dugaan dariMu Ya Allah. Aku harap aku akan ketemu teman yang setia disisiku yang bisa menyayangi dan menerima aku seadanya. Aku adalah seorang insan biasa yang tidak sempurna. Aku harap aku akan meniti hari-hari yang mendatang dengan penuh kesabaran dan juga dengan berhati-hati. Aku harap kawan-kawanku bisa membimbingku dikala aku meniti dititian yang kecil. Aku harap akan ada orang yang bisa menyambutku ketika aku jatuh kedalam gaung yang dalam. Harapan hanya tinggal harapan.
----------------
Now playing: MLTR - 25 minutes
via FoxyTunes Hidupku lebih tenang bila clash dgn dia.. Walaupun terasa sakit hati dgn perbuatannya.. siapa lakh diriku ini yang tiada apa-apa. Lelaki semuanya sama saja. Ingin mainkan perasaan saja.. Aku tekat aku tidak mudah terima lelaki dalam hidupku.. Dulu aku terima dia seadanya walaupun dalam diri ini tidak ada sekelumit pn perasaan cinta, suka, sayang kepadanya. Aku ingat dengan berbuat demikian, aku akan dicintai, disayangi.. Kata orang, carilah orang yang mencintai kita dari mencintai orang tidak mencintai kita. Kini aku sudah mengetahui apa maksudnya. Namun aku silap kerana cepat menerima kehadirannya. Aku hanya anggap dia sebagai kawan. Kita boleh belajar menerima seseorang, tetapi orang tersebut telah meninggalkan kita tanya sebab. Jika dia tidak inginkan perhubungan yang serious, janganlah memulakanperhubungan tersebut kerana akan ada hati yang terluka kerana itu. Oleh itu, aku perlu berhati-hati dalam memilih teman atau sahabat kelak. Inilah pengajaran untuk aku menilai sikap manusia. Sebelum ini aku tidak pernah couple. Bila seseorang telah melamar aku untuk mnjadi couple dia, aku terus terima. MUngkin inilah akibatnya menerima tanpa berfikir panjang tentang perasaanku terhadapnya. Jaji, bila dia yang memutuskan perhubungan, aku menerimanya dengan reda. aku bertekad bahawa aku tidak akan menangis kerana seorang lelaki yang pengecut. Kini, aku tidak mudah percaya kata-kata lelaki kerana semuanya tidak betul. Hanya manis dimulut, tapi busuk dihati. Lelaki hanya menggunakan wanita atas kepentingan mereka.. Macam cerita aku la.. Si dia mengadakan perhubungan dengan ku kerana inginkan kesenagan, boleh la nak mintak itu, nak mintak ini, mintak apa-apa yang mereka suka, yang mereka tiada.. aku benci orang sebegini. Namun, dalam masa itu, aku juga menghargai sahabat-sahabat yang membantu aku untuk memilih keputusan yang terbaik untuk diriku. aku berterima kasih kepada mereka semua. terutamanya buat insan yang tak pernah aku jumpa. Walaupun dia berada jaoh diperantauan, tapi dia baik. selalu tolong aku dikala kesusahan samada dlam pelajaran mahupun hal peribadi,. dia selalu ada dikala aku teringatkannya.. Terima kasih kawan (MGR) aku akan menghargai persahabatan ini.

----------------
Now playing: Backstreet Boys - All I Have To Give
via FoxyTunes
Kegembiraan adalah salah satu perasaan yang tak dapat aku gambarkan pabila aku dilamar untuk menjadi kekasih seorang insan yang bernama lelaki.. Mungkin dulu aku berfikiran bahawa tiada orang yang ingin berdampingan denganku. Tetapi ternyata tidak. Mungkin aku yang buat tak tahu bila ada yang mahu berjumpa.. Memang aku tetap dengan pendirianku bahawa aku tidak akan mudah menerima mana2 lelaki dalam hidupku sebagai kekasih sekiranga aku tidak berjumpa dahulu secara empat mata dengannya. Ramadhan tahun ini membawakan erti kepadaku. Mungkin segala doaku selama ini telah dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Kita hanya merancang Dia yang menentukannya. inilah yang dikatakan jodoh Ramadhan. Jodoh pada bulan yang mulia ini tidak diselangi dengan hasutan syaitan kerana semua syaitan telah diikat oleh Allah S.W.T.. Hanya nafsu sahaja yang tinggal.. Mungkin akal fikiran yang waras dapat mengawal nafsu tersebut. Aku tidak dapat bayangkan perasaanku apabila si dia telah melamarku untuk menjadi kekasihnya. aku tak tahu nak jawab apa.. salah satu sikapnya yang aku suka adalah tidak suka memaksa.. mungkin inilah yang membuka pintu hatiku untuk menerimanya.



Saat diri ini kesepian, tiada siapa yang datang meghiburkan, tiada siapa yang datang memahami sgala rasa yang terpendam dihati. Segalanya aku pendam sendiri. Banyak kenyataan-kenyataan yang amat memeritkan, tiada siapa yang tahu rahsia hati ini. setiap detik, hati ini berkata "aku kesepian, tiada siapa yang benar2 mahu menemani aku". Segala pahit manis hidup didunia ini terpaksa ditempuhi dengan hati yang tabah. Aku masih menunggu putera hati yang datang memberikan aku sinar bahagia. Tetapi sampai bila akanku tunggu? Bila melihat pasangan lain yang berpacaran, aku juga kepingin begitu.. tetapi aku tidak tahu bila detik itu akan tiba. Hati ini sering keresahan pabila melihat kebahagian orang lain. Hati ini selalu tertanya2, bilakah kebahagian akan tiba. Aku dalam dilema. Tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku hanya berserah kepada Allah S.W.T. Haati ini selalu merintih sendirian menunggu kebahagian yang datang. Bilakah rintihan hati ini akan berakhir??


Assalamualaikum wtb..
Aku adalah seorang insan biasa yang dambakan belaian seorang insan bernama kekasih. Salahkah aku jika aku mula mencintai seseorang yang aku suka? salahkah aku jika aku memendam rasa seorang diri tanpa pengetahuan dirinya? Aku hanya wanita biasa. aku punyai perasaan malu untuk meluahkan. Aku juga punya perasaan takut disingkirkan sekiranya aku meluahkan perasaan yang terpendam nuraniku. Aku tidak memandang kebendaan. Yang Ku pandang cuma akhlak yang baik, yang bisa memimpin aku ke jalan yang benar. Yang bisa membimbing aku tika aku dalam kealpaan. Aku bukanlah seorang yang alim, tidak juga seorang yang cantik. Aku hanya insan biasa. Aku hanya dambakan seseorang insan yang bertakwa kepadaMu Ya Allah. Aku takut berhadapan dengan realiti YA Allah. Ramai yang mengatakan, kalau Aku ada jodoh, adalah nanti seorang yang bakal mewarnai hidupku. Tapi sampai bila harusku tunggu saat itu. Bila aku dalam kesibukan dengan aktiviti harian, aku tidak kisah jika tiade sesiapa disisiku. Tetapi bila tiba aku kesunyian, aku terasa sangat sunyi. Kadang-kadang aku menangis mengenangkan nasib diriku ini. Aku sedar, aku bukanlah seorang insan yang sempurna. Dalam diri setiap insan, terdapat juga cacat celanya. Bila mamaku bertanya tentang 'teman' aku hanya boleh ketawa untuk menutup gelisah dihati. Hidupku penuh dengan ujianMu Ya Allah. Penuh cabaran dan onak liku. Aku hanya pasrah padamu Ya Allah. Kau berikanlah aku Hidayah untuk menerangi jalan yang Aku lalui ini. Aku tidak pernah bercinta. Aku paling takut untuk jatuh cinta. Mungkin ada hikmahnya disebalik setiap kejadian yang menimpaku. Aku hanya berserah padamu YA Allah. Kau berikanlah cahaya hidup kepadaku. Aku insan yang lemah. yang punyai perasaan takut menerima kenyataan. Bilakah Bahagia akan datang kepadaku? Aku sudah malas mengharap kepada yang tidak pasti.



terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa untuk membaca coretan yang merapu ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Listen to Quran 2

Instagram

Cari Blog Ini

WELCOME 2 MY BLOG

SELAMAT MEMBACA. SAYA AKAN UPDATE INFO2 YANG BERGUNA UNTUK ANDA