aBoUt My LiFe

aBoUt My LiFe
LiFe iS FaR aWaY

29 Disember 2010

ZoN BeNgaNg!!!!

     Apa nak dikata kalau kita hadapai satu situasi dimana kita perlu berdepan dengan manusia yang mempunyai sikap yang teruk?? Ada hati nak betulkan orang lain, sedangkan diri sendiri pun tak tentu hala. Sebelum betulkan orang tu, cuba la refleksikan diri tu dulu ye. Jangan main redah je, buat orang sekeliling bengang dengan sikap kamu. Setiap orang mempunyai identitinya yang tersendiri, sikap, ragam dan karenah masing2 yang tidak dapat diramalkan. Adakah anda selesa dengan rakan anda yang mempunyai sikap yang suka mengada2, suka menunjuk-nunjuk, suka membangga diri dan suka cakap dirinya lebih bagus dari orang lain?? Jika ada, apakah perasaan anda jika anda berhadapan dengan mereka? Bagaimanakah caranya untuk anda hadapi orang yang sebegini? Pastinya anda terasa menyampah untuk teruskan persahabatan dengannya. Jika sahabat anda memalukan anda dihadapan orang lain, apakah yang anda rasa walaupun anda tiada di tempat kejadian? Pasti terasa bengang yang teramat terukkan? Itu la perasaannya bila seseorang sahabat yang selama ini kita kenal, bermula dengan dia tidak tahu apa-apa, anda yang berusaha tolong dia selama ini. Tetapi semua kebaikkan anda tidak dihargai. Apakah perasaan anda? Pasti sedih dan kecewa. 

     Sewaktu kesusahan, dia datang mencari kita, tetapi sewaktu kesenangan, kita dilupakan, malah dikutuk, dikeji, dimaki hamun. Semua yang dia tak puas hati dengan kita dihamburkan keluar kepada rakannya yang baru dikenalinya. Jika rakan itu tidak mengenali anda sebagai kawannya, mesti anda tidak kisahkan? Bagaimana pula jika rakan sahabat anda itu juga mengenali anda. Mereka telah mengumpat pasal anda. Apa perasaan anda setelah mengetahui tentang perkara tersebut dari mulut orang lain. Sahabat anda telah memburuk-burukkan anda dibelakang anda. Bukan setakat seorang yang dia hamburkan, tetapi entah berapa ramai. Ni la yang dikatakan kawan makan kawan. Dihadapan baik je, pijak semut pun tak mati. Belakang, masyaAllah.. Tuhan saja yang tahu. Sebagai manusia, kita perlu lah hormat menghormati antara satu sama lain, tak kira la sebagai sahabat ataupun sebagai sesama umat islam. 

Memang benar Islam menyarankan umatnya bertegur sapa dan saling nasihat menasihati antara satu sama lain. Tetapi, individu itu juga perlulah tahu apa yang ingin dinasihati dan cermin dulu diri sendiri sebelum menasihati orang lain kerana orang akan pandang serong dan tidak mempedulikan nasihat anda sekiranya diri anda sendiri yang tidak betul. Tahu cakap je, tetapi tidak tahu melaksanakannya. Kita hidup didunia ni kena lah pandai menyesuaikan diri. Kepada sahabat yang makan cili tu, tolonglah kembali ke pangkal jalan. Anda tak akan dapat apa faedah dengan berbuat demikian. Malah makin membuatkan lebih ramai orang yang membenci diri anda. Tolonglah berubah. Sesungguhnya anda memang patut berubah. Jangan jadikan lebih ramai musuh yang menanti, tetapi jadilah sahabat yang solehah supaya kita sama-sama mendapat keberkatan didunia dan di akhirat. Amin...

Dalam dunia yang penuh mencabar ini, anda dinasihati supaya berhati-hati ketika memilih sahabat supaya hidup anda tidak terganggu dengan masalah tekanan jiwa dan perasaan benci. Kepada sahabat yang suka menunjuk2 akan kebolehan dirinya, sedarlah wahai sahabatku bahawa kamu tidak akan selamanya berada diatas. Jangan sesekali kamu lupa bahawa ramai yang benci keatas perbuatan kamu dan juga sikap kamu yang suka mementingkan diri sendiri dan juga suka mengganggap diri kamu itu lebih baik daripada orang lain. Sedarlah bahawa ramai yang sedang mencaci kamu diluarsana. Sekali kamu mencaci sahabat kamu, sepuluh kali kamu akan mendapat bali cacian daripada sepuluh orang yang telah terasa hati dengan sikap kamu. Berubahlah kearah kebaikan. Janganlah kamu menunjuk lagak kamu dimuka bumi Tuhan ini. Nauzubillahiminazalim...

19 Oktober 2010

I Miss Him a LOt...

Kenapa ye kita diberikan perasaan untuk merindui seseorang. Ternya perasaan sebegini membuatkan aku menangis bila terkenangkannya. Ya Allah, Kau tunjukkanlah aku jalan yang benar, jalan yang diredai olehmu.. Aku redha dengan ketentuanMu Ya Allah.. Kenapakah aku diberi ujian sebegini? Mengapa Engkau buat aku susah hati dengan mengingati manusia yang nyata tidak tahu sama ada sama merindui aku atau tidak. Aku takut Ya Allah.. Kau tolonglah aku, hambaMu yang lemah ini.
Seorang lelaki yang berjaya membuatkan aku menangis, berjaya membuat aku membuka pintu hatiku, Berjaya membuat aku lunturkan hatiku yang keras terhadap lelaki.. Kenapakah ianya bersifat sementara? Kenapa kerap kali aku melihat pasangan bercinta, hatiku sayu dan sakit.. Aku tidak mahu perasaan ini menyelubungiku setiap masa.. Kenapa aku selalu ditipu? Kenapa tiap kali aku jumpa manusia, mereka akan meninggalkan aku? mereka tidak akan menghubungi aku selepas berjumpa. Sebelum berjumpa, macam2 perkara yang mereka bualkan dan janjikan. Tetapi kenapa setelah berjumpa, semuanya senya seribu bahasa? Apakah salahku? Berikanlah aku kekuatan. Aku sudah jemu untuk bertemu dengan lelaki. Kenapa ia seringkali berlaku padaku? Setiap kali aku bertemu dengan manusia yang bernama lelaki di alam realiti, mesti mereka akan memilih rakanku. Apakah rasionalnya mereka memilih kawanku dengan menyuruh aku jadi orang tengah? Ya Allah, banyaknya dugaanku ini. Kenapakah ini semua terjadi padaku? Kenapa mereka buat aku seperti ini? Dulu, aku mempunyai seorang abang angkat. Tetapi setelah berjumpa, abang angkatku telah menyepi. Aku pun tidak tahu apakah sebabnya. Aku inginkan seorang abang yang selalu mengambil berat terhadapku. Kenapa aku tidak ada abang? Walaupun abang angkat cuma? Kenapa manusia buat aku begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Persoalan ini tidak akan terungkai sekiranya hati tidak gembira.

28 September 2010

HatiKu Sakit!!!!!!!!!!!!!!!!!

kenapalah aku seringkali disakiti??? Hatiku sering kali menangis? Aku hanya inginkan seorng putera yang dapat fahami jiwaku dengan sepenuh hatinya.. Memang susah untukku mencari putera tersebut kerana sering kali aku disakiti oleh manusia bernama lelaki.. Jika aku seorang lelaki, tidak susah untukku mendapatkan pasangan hidup.. tetapi masalahnya aku adalah seorang wanita yang lemah, yang tidak punya apa2.. Aku hanya insan biasa.. Aku tidak betah hidup sendirian lagi.. Inginku cari si putera hatiku.. Tapi dimanakah dia?? Aku sudah FED UP mencari sang putera yang tidak kunjung tiba.. Adakah aku terlalu memilih lelaki? Aku tidak rasakan begitu.. Lelaki yang selalu memilih pasangannya sendiri.. Hobiku suka berchatting dengan ramai kenalan baru.. Bab kata orang, "Sharing is caring". Aku hanya ikut rentak orang.. Adakah seorang wanita perlu mengenepikan maruah dirinya semata2 untuk mendapatkan seorang lelaki?? Oh tidak!! Lelaki hanya pemusnah wanita.. Si kumbang hanya tahu memusnahkan bunga yang sedang mekar dijambangan.. Adakah aku yang tergila2 kan lelaki? Mungkin disebabkan desakan keadaan, aku berani untuk mencari teman hidupku sendiri.. Namun, aku tidak tahu dimana harus ku cari dan bagaimana?? Tak kan aku nak buat macam perigi mencari timba kot?? Dunia sekarng ni tidak mustahil akan berlaku.. Tapi adakah hatiku akan selalu disakiti oleh insan yang bernama LELAKI??? I am fed up with you Guy!!! Macam mana lalgi caranya untuk ku mencari pasangan hidup.. Kaklongku akan berkahwin pertengahan tahun depan.. tapi aku? masih terkapai2 sendirian..Aku stress n pening!!!
tak tahu apa nak buat.. Orang yang selalu bimbing dan bagi nasihat kepadaku pun sudah tidak pedulikan aku..   adakah aku ini seorang wanita yang jahat???
AKU BENCI KAMU LELAKI!!!!

18 April 2010

Pengorbanan seorg siswa

Penat masih lagi terasa. Walaupun terpaksa mengorbankan masa untuk study tetapi seronok bila berhadapan dengan budak2. Terasa semua masalah hilang seketika. Walaupun mereka ada sedikit nakal, tetapi seronok tak boleh di gambarkan. Kenangan ini tidak akan aku lupakan sampai bila2.. good luck 4 ur exam..

15 April 2010

Projek, Program, Assingment, Thesis, final exam.. Arghh Tertekannyer....


Arghhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!! tertekannyer.. kenapalah semua ini terjadi kepadaku???? hidup dalam tekanan dan dibelenggu oleh masalah.. huhu aku sudah tidak tahan.. tiada siapa yang dapat bantu aku... semuanya cam xde je masa aku perlukan bantuan.. orang yang selalu aku luahkan masalah pun sudah tiada berita.. aku tiada sesiapa sekarang... hanya blog tempat aku meluahkan segala yang terbuku dihatiku sekarang.. Aku tidak boleh pendamkan semuanya di dalam hati sebb aku takut ia akan menjadi penyakit pula.. Aku tahu tiada siapa yang ingin berdamping denganku.. Sebaik manapun aku, aku tetap aku. Aku tetap dengan kedegilan aku. Aku tidak mahu menjadi sesiapa. Aku perlu tegoh dengan pendirianku. Walaupun aku alami masalah, tidak semuanya harusku cerita kepada teman-temanku. Aku juga punya maruah diri. Aku tidak mahu dilabel yang bukan-bukan. cukuplah hanya kau sahaja yang tahu. Hari ini, aku menangis di pusat mahasiswa disebabkan kena herdik dan maki hamun oleh pegawai disana. 
Apa boleh buat, aku tidak tahu apa-apa prosedur untuk menguruskan program, tetapi aku yang terpaksa uruskan. Dah la assingment aku tidak siap-siap lagi.. mati kutu aku dibuatnya. Mujurlah ada kakak kerani tu tolong aku dalam kesedihan. Dia bagi nasihat dan bagi tunjuk ajar kepadaku. Aku hadapinya dengan tenang. Nasib baik jugak ada insan yang ingin tolong aku. Kalau nak harapkan YDP, memang boleh blah la.. dia sedap2 balik umah, aku kt sni terkapai2.. satu apa pun dia tidak tolong..huhu.. Aku sudah tidak layan sesiapa yang ingin dekatiku.. biar la masa yang menentukannya.. Dah la final exam makin dekat.. study apa pn xdak lagi ni.. aku tak taw la nk wt pa.. macam dh xde motivasi dalam diriku untuk teruskan study,.. Dulu aku ada abang angkat. Dia pun dh makin sombong denganku sekarang. hurm xpe la, aku cari orang lain yang boleh jadi abang angkatku.. apa susah, ramai lagi manusia kat dunia ni..huhu
Tekanan tetap ada walau dimana aku berada..  Arghhhhhh tulun selamatkan aku dari belenggu masalah ini!!!!!....

 

10 Mac 2010

ReaLiTy KeHiDuPaN

Kehidupan kita tidak seindah yang di impikan, tidak seindah drama- drama tv, tidak seindah dalam novel khayalan.. Ini adalah hakikat sebuah kehidupan yang terpaksa aku tempuhi.. Walaupun ianya pahit, terpaksa jua kau tempuhi. Setiap kejadian ada hikmahnya.. Jika dahulu aku sering meluahkan segala yang terbuku dalam hatiku kepada seorang kawan, tetapi kini aku tiada tempat untuk mengadu. Aku sedar siapa diriku ini. Memang seperti yang aku jangka, tiap kali aku pulang ke rumah, aku akan di sapa dengan soalan tentang siapakah teman lelakiku. Namun aku terpaksa bohong bahawa aku sudah ada teman lelaki tetapi hakikatnya tidak. Aku sedih sendirian meratapi nasibku. Siapa yang ingin berkawan dengan gadis kampung yang tiada paras rupa, yang serba serdahana, yang tidak tahu untuk berkomunikasi, yang lemah, yang tiada daya, yang tidak berketerampilan. Manusia sekarang hanya menilai wanita dari sudut paras rupa. Adakah kecantikan itu menjamin kebahagian?? Aku sendiri pun tidak tahu. Dan aku tidak mahu ambil tahu tentang perkara itu. Bila terkenangkan nasibku, aku rasa ingin menangis sepuas-puasnya kerana ini adalah aku. Seorang wanita yang lemah dalam percaturan hidup. Aku tidak minta untuk hidup sebegini. Bila teman lama bertanyakan aku tentang pacaranku, aku akan bagitahu tentang kebenaran, namun mereka tidak percaya. Kata mereka, aku ini semakin cantik, tetapi adakah kecantikan itu yang menjamin bahawa aku sudah ada teman lelaki!!!???? Aku sendiri pun tidak faham kenapa mereka tidak percaya. Akhirnya aku terpaksa berbohong dengan mengatakan bahawa aku sudah punyai teman lelaki. Aku tidak berdaya. Aku tidak mahu terusan hidup dalam pembohongan. Aku juga takut untuk pulang ke kampung halaman kerana papa dan mamaku menyangkakan bahawa aku sudah ada pacaran. Mereka gembira sekiranya aku sudah ada teman lelaki sebab sebelum ini aku tidak pandai bergaul dengan kaum lelaki. Aku harap lepas ini aku akan lebih berhati-hati dengan manusia yang bernama LELAKI !!!!! SILA JAUHKAN AKU DARI INSAN YANG SUKA MEMPERMAINKAN AKU!!! AKU SUDAH SERIK HIDUP DENGAN PERMAINAN MEREKA.. YA ALLAH BERIKANLAH AKU KEKUATAN UNTUK MENGHADAPI DUGAAN DAN UJIANMU.. AMIN...

02 Januari 2010

HAPPY NEW YEAR 2010

Disini saya ingin ucapkan selamat tahun baru kepada semua yang baca blog ini. Setiap kali tahun baru, mesti ada azam baru. Apakah azam baru korang smua? Tahun ini, saya berazam nak cari someone to put in my heart but i just planning and God decide what will happen then.. We cant to change the destiny. Tahun ini juga saya berharap agar saya menjadi insan yang berguna dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam final exam..  Saya harap kamu semua pun ada azam dan matlamat yang tersendiri untuk dicapai.. Selamat maju jaya. 1 matlamat untuk semua. Salam 1 Malaysia..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Listen to Quran 2

Instagram

Cari Blog Ini

WELCOME 2 MY BLOG

SELAMAT MEMBACA. SAYA AKAN UPDATE INFO2 YANG BERGUNA UNTUK ANDA