aBoUt My LiFe

aBoUt My LiFe
LiFe iS FaR aWaY

19 Oktober 2010

I Miss Him a LOt...

Kenapa ye kita diberikan perasaan untuk merindui seseorang. Ternya perasaan sebegini membuatkan aku menangis bila terkenangkannya. Ya Allah, Kau tunjukkanlah aku jalan yang benar, jalan yang diredai olehmu.. Aku redha dengan ketentuanMu Ya Allah.. Kenapakah aku diberi ujian sebegini? Mengapa Engkau buat aku susah hati dengan mengingati manusia yang nyata tidak tahu sama ada sama merindui aku atau tidak. Aku takut Ya Allah.. Kau tolonglah aku, hambaMu yang lemah ini.
Seorang lelaki yang berjaya membuatkan aku menangis, berjaya membuat aku membuka pintu hatiku, Berjaya membuat aku lunturkan hatiku yang keras terhadap lelaki.. Kenapakah ianya bersifat sementara? Kenapa kerap kali aku melihat pasangan bercinta, hatiku sayu dan sakit.. Aku tidak mahu perasaan ini menyelubungiku setiap masa.. Kenapa aku selalu ditipu? Kenapa tiap kali aku jumpa manusia, mereka akan meninggalkan aku? mereka tidak akan menghubungi aku selepas berjumpa. Sebelum berjumpa, macam2 perkara yang mereka bualkan dan janjikan. Tetapi kenapa setelah berjumpa, semuanya senya seribu bahasa? Apakah salahku? Berikanlah aku kekuatan. Aku sudah jemu untuk bertemu dengan lelaki. Kenapa ia seringkali berlaku padaku? Setiap kali aku bertemu dengan manusia yang bernama lelaki di alam realiti, mesti mereka akan memilih rakanku. Apakah rasionalnya mereka memilih kawanku dengan menyuruh aku jadi orang tengah? Ya Allah, banyaknya dugaanku ini. Kenapakah ini semua terjadi padaku? Kenapa mereka buat aku seperti ini? Dulu, aku mempunyai seorang abang angkat. Tetapi setelah berjumpa, abang angkatku telah menyepi. Aku pun tidak tahu apakah sebabnya. Aku inginkan seorang abang yang selalu mengambil berat terhadapku. Kenapa aku tidak ada abang? Walaupun abang angkat cuma? Kenapa manusia buat aku begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Persoalan ini tidak akan terungkai sekiranya hati tidak gembira.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Listen to Quran 2

Instagram

Cari Blog Ini

WELCOME 2 MY BLOG

SELAMAT MEMBACA. SAYA AKAN UPDATE INFO2 YANG BERGUNA UNTUK ANDA