aBoUt My LiFe

aBoUt My LiFe
LiFe iS FaR aWaY

10 Mac 2010

ReaLiTy KeHiDuPaN

Kehidupan kita tidak seindah yang di impikan, tidak seindah drama- drama tv, tidak seindah dalam novel khayalan.. Ini adalah hakikat sebuah kehidupan yang terpaksa aku tempuhi.. Walaupun ianya pahit, terpaksa jua kau tempuhi. Setiap kejadian ada hikmahnya.. Jika dahulu aku sering meluahkan segala yang terbuku dalam hatiku kepada seorang kawan, tetapi kini aku tiada tempat untuk mengadu. Aku sedar siapa diriku ini. Memang seperti yang aku jangka, tiap kali aku pulang ke rumah, aku akan di sapa dengan soalan tentang siapakah teman lelakiku. Namun aku terpaksa bohong bahawa aku sudah ada teman lelaki tetapi hakikatnya tidak. Aku sedih sendirian meratapi nasibku. Siapa yang ingin berkawan dengan gadis kampung yang tiada paras rupa, yang serba serdahana, yang tidak tahu untuk berkomunikasi, yang lemah, yang tiada daya, yang tidak berketerampilan. Manusia sekarang hanya menilai wanita dari sudut paras rupa. Adakah kecantikan itu menjamin kebahagian?? Aku sendiri pun tidak tahu. Dan aku tidak mahu ambil tahu tentang perkara itu. Bila terkenangkan nasibku, aku rasa ingin menangis sepuas-puasnya kerana ini adalah aku. Seorang wanita yang lemah dalam percaturan hidup. Aku tidak minta untuk hidup sebegini. Bila teman lama bertanyakan aku tentang pacaranku, aku akan bagitahu tentang kebenaran, namun mereka tidak percaya. Kata mereka, aku ini semakin cantik, tetapi adakah kecantikan itu yang menjamin bahawa aku sudah ada teman lelaki!!!???? Aku sendiri pun tidak faham kenapa mereka tidak percaya. Akhirnya aku terpaksa berbohong dengan mengatakan bahawa aku sudah punyai teman lelaki. Aku tidak berdaya. Aku tidak mahu terusan hidup dalam pembohongan. Aku juga takut untuk pulang ke kampung halaman kerana papa dan mamaku menyangkakan bahawa aku sudah ada pacaran. Mereka gembira sekiranya aku sudah ada teman lelaki sebab sebelum ini aku tidak pandai bergaul dengan kaum lelaki. Aku harap lepas ini aku akan lebih berhati-hati dengan manusia yang bernama LELAKI !!!!! SILA JAUHKAN AKU DARI INSAN YANG SUKA MEMPERMAINKAN AKU!!! AKU SUDAH SERIK HIDUP DENGAN PERMAINAN MEREKA.. YA ALLAH BERIKANLAH AKU KEKUATAN UNTUK MENGHADAPI DUGAAN DAN UJIANMU.. AMIN...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Listen to Quran 2

Instagram

Cari Blog Ini

WELCOME 2 MY BLOG

SELAMAT MEMBACA. SAYA AKAN UPDATE INFO2 YANG BERGUNA UNTUK ANDA