aBoUt My LiFe

aBoUt My LiFe
LiFe iS FaR aWaY

29 Mac 2012

Blues!!!

Aku tak faham la jiwa lelaki!!.. Kenapa? Aku dah  buat pengakuan berani mati padanya!! Aku tak kisah kisah silamnya.. Aku dah mula sayangkannya.. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh jatuh hati padanya. Salahkah aku? Menagih kasih pada orang yang tak sudi?? Aku tidak harapkan balasan cintanya. Apa yang aku tahu, aku perlu jujur padanya.. Nyata aku telah membuat pengakuan itu, yang wanita diluar sana malu untuk mengaku bahawa dia jatuh hati pada lelaki.. Ye dulu aku pun begitu. Disebabkan aku sangat malu untuk meluahkan, aku merana sendirian.

Bodohkan? Tindakan ku ini boleh kukira bodoh sebab menjatuhkan maruah diri dihadapan lelaki?? Menangis kerana lelaki? 'Hey, dimanakah keegoanmu? Dimanakah prinsip yang kau pegang dulu? Masihkah kau ingat prinsip yang kau cipta sendiri sewaktu kau dibangku sekolah?? Kau yang membuat prinsip hidupmu bahawa diri kau tidak perlukan lelaki? Diri kau tidak akan mencintai lelaki? Apa kau dah lupa semua prinsip kau?'

Tak, aku tak lupa... Prinsip aku yang satu!! Aku akan belajar jatuh cinta pabila aku tamat pengajianku. Nah sekarang aku sudah tamat pengajian. Aku tidak bercinta sewaktu belajar.. Sebab aku takut kecundang.

Taapikan, aku tidak tahu bagaimana rasanya disayangi, dicintai oleh orang yang kita cintai.. Aku ini bodoh dalah hal percintaan. Aku sudah jauh ketinggalan.. Usiaku sudah menginjak tua.. Tetapi soal jodoh?? Masih belum ketemu.. Banyak halangan yang terpaksa aku tempuhi.. Banyak sangat dugaan yang terpaksa aku hadapi dalam hidup ini.. Memang semua dugaan ini mematangkan diriku.. Aku takut menjadi ANDARTU.. Aku takut sangat2..

Memang aku ingin membina kerjaya. Tetapi siapa yang akan menjadi tulang belakangku? yang selalu menyokong segala keputusan yang aku ambil??

Kini segalanya musnah.. Angan2 ku hanya angan2 mat jenin.. Yang tidak tahu bila akan menjadi nyata..
Bodohkah aku dalam mencari CINTA yang SUCI??

Menangislah sepuas-puasnya kerana kau bodoh dalam memilih lelaki!!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Listen to Quran 2

Instagram

Cari Blog Ini

WELCOME 2 MY BLOG

SELAMAT MEMBACA. SAYA AKAN UPDATE INFO2 YANG BERGUNA UNTUK ANDA