aBoUt My LiFe

aBoUt My LiFe
LiFe iS FaR aWaY

14 April 2011

Kesunyian


Kenapa manusia seringkali mengatakan bahawa mereka sunyi? Adakah disebabkan oleh mereka tidak mahu berinteraksi dengan rakan-rakan atau dengan jiran tetanggga? Apa masalah sebenarnya kesuyian? Kenapa seseorang itu cenderung untuk sunyi? kenapa ianya terjadi?


Disini, saya ingin berkongsi coretan saya mengenai kesunyian. Kesunyian merupakan satu keadaan dimana seseorang individu itu merasa keseorangan dan berfikiran kosong. Individu tersebut tidak dapat berinteraksi dengan rakan-rakan disebabkan rakan mereka sibuk atau tiada siapa yang pedulikan individu tersebut. Melalui psikologinya, individu tersebut mula memikirkan bermacam-macam persepsi terhadap dirinya. Salah satunya adalah kenapa tiada orang yang ingin mendekatinya? Kenapa semua orang menjauhinya dan kenapa tiada orang yang memahami dirinya. Individu tersebut telah berusaha untuk berinteraksi dengan rakan-rakannya dengan menghubungi mereka, mengajak mereka keluar bersama ataupun mengajak untuk berbual di telefon. Malah, tiada siapa yang menghiraukan si pulan ini. Maka dia hidup seselebungi rasa yang tidak menentu dan merasakan tiada siapa di dunia ini yang menghiraukannya. Tiada siapa yang 'take care' tentang dirinya yang kesunyian. 


Adakah kesunyian dapat diatasi? Ya, ia dapat diatasi dengan menyibukkan diri melakukan kerja yang berfaedah. Jika tiada siapa yang mempedulikan kita di dunia ini, kita buatlah sesuatu yang boleh mengembirakan hati kita sendiri. Kesunyian juga disebabkan oleh hati yang tidak gembira, perasaan gelisah dan takut keseorangan. Kadangkala individu yang kesunyian ini akan menangis keseorangan. Dengan mengeluarkan air mata, individu yang kesunyian tersebut akan merasa tenang seketika. Kadangkala kesunyian juga disebabkan oleh tekanan hidup. Jika kita menangis, ia juga merupakan dalah satu untuk melepaskan semua beban yang ditanggung dalam diri. Setelah individu tersebut menangis, dia akan berasa tenang dan positif. 


Adakah semua orang cenderung untuk menjadi sunyi? Ya, semua orang akan merasakan kesunyian apabila mereka berasa tidak tahu apa yang patut dibuat, dan mereka keseorangan pada masa tertentu. Kesunyian juga berlaku setelah seseorang itu telah putus cinta dan kasih sayang. Di dunia ini, tiada siapa pun yang sempurna. Semuanya mempunyai kelemahan masing masing. Jika kita berasa sunyi, cubalah dengar radio, menonton televisyen atau pun minum banyak air. Cuba berjalan keliling tasik atau berjalan-jalan sekitar shopping complex. Ia boleh menghapus kesunyian dengan melihat gelagat manusia. Setiap manusia mempuyai masalah mereka sendiri, mempunyai kehidupan mereka sendiri. So, bila kesunyian datang, kita tidak boleh mengharapkan rakan kita untuk mendengar luahan rasa hati kita. Kita kena berfikir positif untuk teruskan hidup sihat. Harap pembaca akan berfikiran positif. Dengar radio yang boleh membuatkan fikiran kita bergerak. Bukan mendengar lagu-lagu yang jiwang atau pun radio yang boleh membuatkan kita menjadi semakin sedih. Happy in your life. Tiada siapa yang boleh tentukan hidup kita melainkan diri kita sndiri yang tentukannya. Wassalam..



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Listen to Quran 2

Instagram

Cari Blog Ini

WELCOME 2 MY BLOG

SELAMAT MEMBACA. SAYA AKAN UPDATE INFO2 YANG BERGUNA UNTUK ANDA