aBoUt My LiFe

aBoUt My LiFe
LiFe iS FaR aWaY

25 Mac 2011

Tentang apa - apa saja..

Apa yang nak dicoretkan hari ini? Hurm, aku seperti bermasalah, tapi aku pun tidak tahu apa sebenarnya masalah aku. Siapa yang boleh tolong?? Diriku juga akhirnya.. Apa-apa je la kan sebab diriku bukan dirimu. Kenapa jiwa kita perlu rasa kosong? Adakah ia petanda bahawa kita tidak menyucikan jiwa kita dengan ayat suci Al-Quran? Atau sebab kita sendiri yang hidup tanpa pedoman? Motivasi diri adalah perlu dalam diri setiap individu. Dalam apa jua yang kita lakukan, kita perlu memotivasikan diri. Dalam erti  kata lain, kita menyekat dan menghadkan ataupun membuat garis panduan tentang apa yang perlu kita lakukan. Kenapa ia perlu? Sebab, sekiranya kita tidak mempunyai garis panduan hidup, kita akan tersesat. Maknanya disini adalah hidup kita akan terumbang ambing. Aku cakap macam senang je, tapi praktiknya tidak. Kenapa ye? Apa sebab terhadap permasalahan yang kita alami? Setiap masalah yang menimpa mesti ada sebabnya dan mesti ada jalan penyelaiannya. Ia bergantung pada individu itu sendiri bagaimana untuk menghadapinya.

Kenapa perlu kita bercakap tentang orang lain sedangkan kita sendiri yang tidak bersedia apabila orang lain bercakap tentang kita? Tidak kiralah ia sesuatu yang baik atau yang buruk. Kita perlulah cerminkan diri kita dahulu sebelum kita mencerminkan diri orang lain. Jadi, adalah lebih baik kita jangan mencampuri urusan orang lain. Adalah lebih baik kita buat kerja kita sendiri. Jika mahu menegur pun, kenalah dengan cara yang berhemah. Tidak boleh menegur secara melulu. Kita tidak tahu apa tanggapan orang tentang diri kita.

Apa yang dilalutkan dalam coretan hari ini? Ada faedah ke jika dibaca? Tepuk dada, tanyalah hati masing masing. Aku sudah bosan hidup tanpa arah tuju. Aku bosan menunggu buah yang tak mahu jatuh. aku bosan buat kerja yang sama setiap hari. Aku bosan dengan segala-galanya. kenapa? Sebab aku bosan la. Boleh tak kita cakap macam tu? Sebenarnya, kita bosan disebabkan oleh penyakit malas. Jika kita rajin, mesti kita tidak akan kebosanan sebab ada saja perkara yang ingin dilakukan. Jika kita menyibukkan diri dengan kerja-kerja ataupun menyiapkan assignment sewaktu kebosanan, tidaklah timbul buat assignment secara tergesa-gesa dan tidak cukup tidur disebabkan untuk siapkannya. Oleh itu, disini kita perlu tekankan pengurusan masa. Setiap individu mempunyai aktiviti yang dilakukan seharian. Pengurusan masa adalah penting supaya kita dapat menjalani hari-hari seterusnya dengan melakukan aktiviti yang berfaedah dan tidak membuang masa. Masa itu emas. Tetapi, kenapa kita tidak mahu pegang masa itu? Kenapa kita sanggup untuk membuang 'emas'? 

Apa-apa pun semua yang terjadi terhadap diri kita adalah disebabkan oleh sikap kita sendiri. Kita yang tentukan sama ada diri kita berguna atau tidak. Oleh itu, selamat bermotivasi kepada semua sahabat handai. Renung renungkan..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Listen to Quran 2

Instagram

Cari Blog Ini

WELCOME 2 MY BLOG

SELAMAT MEMBACA. SAYA AKAN UPDATE INFO2 YANG BERGUNA UNTUK ANDA