aBoUt My LiFe

aBoUt My LiFe
LiFe iS FaR aWaY

29 April 2011

BirthdayQu 26 April


Happy Birthday Myself.. Ada ke orang yang macam aku? Just ucap selamat hari lahir untuk diri sendiri? Hahaha.. Mesti korang pun alami apa yang aku alami. Ye la, dah tak ada orang yang nak wish. Tapi Alhamdulillah la, ramai kawan-kawan facebookQu yang wish on that day!! Around 50+ friends wish my birthday.. Tetapi walaupun ramai yang ucap selamat, ada ke yang beri anda hadiah??  Lain orang, lain la cara nya kan? Nak kata aku tak pernah dapat hadiah, tak la jugak sebab tahun sebelum ni ada la juga yang bg hadiah wlaupun 1 hadiah. Aku tak de la terkilan sangat. Namun ini lah manusia. Walaupun kawan yang rapat, tetapi bila tiba hari yang bersejarah, tiada siapa yang ingat. Nasib baik laada alert kat  facebook. Kalau tidak ada, hampeh la mereka nak ucap. Hey sebagai kawan rapat,tak kan la korang tak tahu menghargai ataupun tak ingat tarikh penting dia? Melampau.. Memang la rakan kita sekarang ni macam tu. Manusia searang memang macam tu.. Teringat dulu-dulu masa aku form5, bila tiba birthday rakan2, satu kelas supporting. ada yang cadang, bg hadiah kepada mereka.. maknanya bergilir-gilir la.. dulu, byk juga la aku dapat hadiah dari kawan2 yang aku masih simpan sampai sekarang. Aku tak akan lupakan kenangan itu. Benarlah kata orang, sahabat sejati sukar dicari..

Pada 26 April lepas, aku keluar bersama seorang kawanku ke tesco. Walaupun kekurangan bujet, tetapi, aku tetap mahu beli kek. Aku teringin sangat makan kek. Biarlah orang kata beli kek sendiri pun, ada aku peduli? ada aku kisah? Hari yang mengharukan bagi diriku. Dah la jauh dari family. Pasrah je la.. Yang penting kita tidak memaksa orang untuk sambut hari lahir kita betul tak? Whatever la, Manusia ni memang bersikap macam tu, dan kita tidak boleh lari dari keadaan itu. Semoga lepas ini, kita akan menjadi orang yang lebih matang. Termasuklah aku.Dengan umurku yang baru ini, aku harap, selepas ini, aku akan bersikap lebih matang dan serius terhadap apa-apa jua keadaan. Kepada kawan-kawan, harap tidak berkecil hati dengan perubahanku kelak. Wassalam..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Listen to Quran 2

Instagram

Cari Blog Ini

WELCOME 2 MY BLOG

SELAMAT MEMBACA. SAYA AKAN UPDATE INFO2 YANG BERGUNA UNTUK ANDA