5 Januari lepas aku buat keputusan untuk berenti kerja serta merta sebab sudah tidak tahan dgn environment dan cara kerja di syarikat tempatku berkerja. Kerja tak kira masa. Ada masanya terpaksa kerja sampai 7 hari seminggu. Cuba bayangkan jika anda ditempat saya, terpaksa kerja selama 20 hari tanpa henti. Mesti penat fizikal dan mentalkan? Sudah lama aku hendak berhenti kerja, cuma masanya yang tidak sesuai. Bila peluang terbuka luas, aku apa lagi, terus bertindak tanpa toleh ke belakang lagi. Walaupun kerja itu menjanjikan masa depan yang cerah, aku sudah tidak sanggup merana jiwa raga, fizikal mental yang terpaksa diserahkan kepada companyku. aku sudah habis fikir sebelum buat keputusan melulu. Apa yang aku perlu takutkan? Aku ada hak untuk mempertahankan diriku. Hak sebagai manusia normal, bukan manusia abnormal. Aku terasa perit untuk kerja dgn company yang menawarkan gaji mahal, tapi hari bekerja tidak tentu masa. Boleh dikatakan tiada masa untuk rehat dan tenangkan fikiran.
Lepas ini aku perlu mencari kerja yang betul2 boleh bagi aku kepuasan bekerja, bukan bekerja kerana terpaksa. Aku perlu kerja dengan hati yang ikhlas, barulah berkat kerja yang kita lakukan. Bila berkat, Allah pun suka, kita hidup pun tidaklah byk sangat cabaran dan dugaan sebab niat kita kerja kerana beribadah kepada Allah.
Apa-apa pun, aku happy sekarang. Walaupun masih mencari2 lubang kerja yang sesuai, yang penting hai kita ikhlas dengan kerja yg kita lakukan, dan kita redha dengan apa yang berlaku. Kita tidak boleh salahkan takdir semata-mata. Perlulah berusaha dan tawakal. Selalu meminta pertolongan dari Allah dalam apa jua dugaan yang datang menimpa.
Sekarang aku cuba untuk menjadi seorang muslimah yang setia dengan ajaran Allah S.W.T. Mungkin lepas ini aku akan membuat perhijrahan yang agak drastik untuk masa depanku. Tunggu dan lihat sajala apa yang akan berlaku. Yang penting, apa yang kita lakukan itu mendapat keredhaan dariNya. (@__@)
08 Januari 2012
18 Disember 2011
main paintball dgn company..
Hari ini aku pi main paint ball kat pisa, p.pinang. ni adalah company activity. Terpaksa join la.. 1st time main paint ball, blur2 skit la. lepas 2nd round, dh tau main, tapi takut nak lari ke tempat lain. Terpaksa duduk kt tempat sama je.
Masa round ketiga, aku sudah tak berani masuk dalam medan perang. Aku surrender awal2 sebab terpaksa ulang alik ke toilet jer. kaki pun rasa kebas2. Habis berpeluh 1 tubuhku.. Perasaan takut n rasa mahu cepat2 habis je games tu..
Melalui pengalaman ini, aku sedar bahawa aku seorang yang penakut dan tidak berani sahut cabaran. Aku takut kena tembak dan takut mati..
Dalam kehidupan, kalau kita takut untuk berhijrah, kita akan mati atau terpaksa menyerah kalah. Tak kira la dalam apa bidang pun, kita perlu berani hadapi apa jua rintangan yg mendatang. Aku tahu cakap saja, tapi kenyataannya amat pahit untuk ditelan..
Dalam hidupku, aku masih terkapai2 mencari2 seseorang yang dapat memberikan aku semangat untuk aku teruskan perjuangan. Sebenarnya aku sudah takut untuk mencari sebab aku tahu aku keputusannya akan menghampakan aku. Lebih baik aku berdiam, jd observer saja. Dari terburu2 menembak ke sasaran yang aku tidak tahu siapa sasaran itu.
Biarlah Tuhan yang tunjukkan kuasanya. Aku sudah tidak mampu melawan kuasanya. Penat, sudah menyerah kalah. Aku insan yang lemah. Dulu aku berlagak, aku pantang dicabar. Tetapi itu sudah berlalu aku sudah tidak sekuat dulu untuk menghadapi ranjau yang berduri ini. Sudah banyak luka dan kesakitan yang terpaksa aku lalui. cukuplah setakat ini cerita aku. Hidup yang penuh emosi. Sebab itu tiada siapa yg mahu dekat..

Langgan:
Catatan (Atom)
Cari Blog Ini
WELCOME 2 MY BLOG
SELAMAT MEMBACA. SAYA AKAN UPDATE INFO2 YANG BERGUNA UNTUK ANDA