aBoUt My LiFe

aBoUt My LiFe
LiFe iS FaR aWaY

20 Januari 2011

Siapakah Dihatimu?

HATI

   
   Hati? Apa yang anda fahami apabila sebut mengenai hati? Adakah ia sesuatu yang amat bermakna dalam hidup anda? Adakah hati hanya organ dalam tubuh manusia? Kenapa soal hati wujud? Kenapa kadang-kadang kita dengar hati disakiti? Bagaimana pula ia disakiti sedangkan ianya organ dalaman manusia? Adakah ia juga melibatkan pancaindera lain dalam kefungsian tubuh manusia? Hati-hatilah dengan perasaan yang akan menyebabkan hati akan dipengaruhinya. Banyak juga perkataan hati yang menunjukkan perasaan seseorang. Apa perkaitan hati dan perasaan? Adakah ia bagai aur dan tebing? yang tak xapat dipisahkn? Yang nyata ialah, hati dapat dilihat dengan mata kasar sekiranya doktor membuat pembedahan hati. Tetapi perasaan? Ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi ia dilihat dengan mata hati. Hati ada mata ke? Kata-kata pujangga yang mengaitkan hati dan perasaan sering kita dengar.. 
   Adakah kita sedar bahawa memang ada perkaitan antara hati dan perasaan. Ia tidak dapat kita lihat dengan mata kasar, tetapi ia dapat dirasai secara halus dalam diri kita. Perasaan yang melibatkan hati biasanya akan menyebabkan seseorang akan hilang pertimbangan jika ia betul-betul mengikut kata hati. Hati boleh berkata-kata ke? Bagaimana ia bercakap? Tak nampak pun mulut hati? Hati menyimpan seribu macam rahsia tentang perasaan, seribu macam rasa. Ia bermula dari hati, dan seterusnya menjalar ke perasaan. Perasaan apa? Perasaan ingin dikasihi, perasaan ingin dilindungi, perasaan ingin disayangi, perasaan ingin dicintai dll. Kenapa kita dikurniakan dengan perasaan itu semua? Jika kita tak ada perasaan, maka hidup kita tidak ada makna. Perasaanlah yang membuatkan sikap manusia berubah-ubah dari semasa ke semasa. 

   Apakah perasaan? Bagaimana ia wujud dalam diri? Sebenarnya kita tidak sedar bagaimana perasaan itu wujud dalam diri kita. Perasaan untuk disayangi oleh seseorang yang cukup istimewa dimata hati. Kadangkala kita terfikir-fikir akan bayangan perasaan itu. Perasaan kadangkala boleh menipu kita, kadangkala ia benar. Jadi kita perlu berhati-hati dengan perasaan sendiri supaya hati kita ditetapkan dan kita tidak dibutakan oleh perasaan. 
   Kenapa aku berkisar mengenai hati dan perasaan? Mungkin ada yang tertanya-tanya. Sebabnya sangat mudah, hari-hari kita berhadapan dengan hati dan perasaan. Hari-hari kita melayan hati dan perasaan. Apa yang ada dalam hati wujud apabila perasaan yang inginkan. Hati akan memberontak apabila tidak dapat apa yang diingini. Perasaan juga akan menghiris hati sekiranya apa yang diingini tidak tercapai dan ia disakiti dengan perbuatan yang kita rasa ia perlu dirasai. 

   Hebatnya hati dan perasaan seseorang. Ia dapat mengawal segala tingkahlaku kita. Jika tersilap langkah, hati akan merana. Perkataan yang paling ditakuti adalah 'patah hati' dan 'hancur hati'. Apa-apa pun yang terjadi kita harus pandai mengawal hati dan perasaan. Perasaan berbunga-bunga apabila sidia membalas mesej yang kita hantar. Tetapi ia bertukar muram dan gelisah apabila sidia tidak membalas balik dan terus menyepi. Hati akan sakit jika kita ada menaruh perasaan kepada sidia. Walaupun hanya sedikit harapan agar sidia membalas perasaan yang sama, tetapi kadangkala hati tidak dapat menerima sekiranya sidia menolak perasaan yang telah kita semai untuk sidia. 

   Hati berbicara sendiri. Hati menilai apa yang perlu dinilai tentang diri. Hati berkira-kira untuk melakukan sesuatu perkara yang difikir perlu untuk dilakukan. Hati berkata-kata. Hati menangis. Hati berbisik. Hati membuat keputusan. Hati merayu. Hati merintih. Hati sakit. Hati pedih.  Hati-hati dengan perasaan sebegini. Namun secara kita tidak sedar, ia menjalar dalam diri kita. Kita tidak inginkan perkara itu berlaku, tetapi masih mengharap secebis harapan. Perasaan akan berbunga-bunga sekiranya kata hati kita benar dan sidia dapat menyambut hati kita dari jatuh. Tetapi bagaimana kita ingin menunjukkan hati kita yang merindu? Hati yang rawan? hati yang terasa seperti inginkan dirinya? Kita tidak perlu lemah dengan hati dan perasaan. Tetapi bagaimana kita dapat mengawal keinginan hati dan perasaan? Sekiranya sidia tegar tidak menerima? Adakah hati akan menangis? Perasaan bagai dihiris? Tidak dibayangkan sekiranya itu berlaku. Tetapi sebelum apa-apa berlaku, kita perlu mencegah hati dan perasaan supaya tidak jatuh dalam perasaan halus yang menjalar dalam diri. Jangan sesekali ditipu oleh perasaan sendiri. Tetapi bagaimana pula sekiranya ia tidak dapat dikawal? 
    Miliks siapakah dihati ini? Siapakah aku dihatimu? Mengapa kau curi hatiku? Mengapa hatiku mudah sangat terpaut denganmu? Mungkin disebabkan oleh kelembutan bicara, gaya percakapanmu yang bersahaja dan boleh membuatku tertawa. Dikala kesedihan, dikau hadir untuk mendengar apa jua yang terbuku dalam hatiku. Kenapa pilih dia? Kenapa? hanya hati yang tahu. Hanya hati yang dapat menilai..

   Apa yang penting, kita harus menetapkan hati kita kepada Yang Maha Esa. Apa jua masalah yang kita hadapi yang melibatkan hati dan perasaan, kita harus berserah kepada Qada dan Qadar. Kena patuh dengan ketentuan takdir.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Listen to Quran 2

Instagram

Cari Blog Ini

WELCOME 2 MY BLOG

SELAMAT MEMBACA. SAYA AKAN UPDATE INFO2 YANG BERGUNA UNTUK ANDA