aBoUt My LiFe

aBoUt My LiFe
LiFe iS FaR aWaY

13 Januari 2011

BBQ kelas

Semalam kelas aku membuat satu BBQ berhampiran dengan jetty pantai jerjak. Sungguh meriah. BBQ ini bertujuan untuk meraikan perpisahan 3 orang sahabat kami dalam kelas kerana mereka telah tamat belajar pada sem lepas. Antara mereka yang dirai, seorang sahaja yang tidak menghadirkan diri disebabkan oleh masalah tertentu yang tidak dapat dilelakkan. Apa apa pun, majlis tersebut tetap berjalan dengan lancar. Ramai rakan sekelas dan rakan 1 kos yang datang, ada juga rakan sekelas yang tidak pergi ke BBQ semalam. Bila kelas buat majlis ke apa, ada je yang ketinggalan. Ada juga yang mengasingkan diri. Sekarang kita dah final year, so bila lagi kita nk have fun dengan rakan2 sekelas? aku memang tidak kisah tentang bayaran atau tempat dan masa yang dipilih, sebab aku memang suka bergaul. Bila kita menghadiri sesuatu majlis atau prgram yang dibuat oleh rakan2, saya tidak akan ketinggalan sebab masa bersama mereka sudah tidak lama sangat. Lepas ni, aku pun tidak tahu boleh jumpa mereka lagi atau tak. Apa-apa pun memang happening la semalam. Walaupun tidak semua yang hadir, tetapi mereka yang hadir memang sempoi la sebab memberika komitment untuk hadir. Sedih pulak sebab akan berpisah dengan kawan2 tak lama lagi. semalam baru berpisah dengan 3 orang. Bila aku dah habis study, mesti akan berpisah dengan semua orang. Masa tu la baru teringat kenangan bersama mereka. Hanya gambar2 je la yang menjadi tatapan pada masa tu. Apa-apa pun yang terjadi, chill out la.. hehe

03 Januari 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011


Semalam 010111. Satu angka yang cukup menarik untuk dilihat.. Hanya dengan 0 dan 1.. Mesti pelbagai pahit manis yang berlaku diawal2 januari 2011. Seperti aku, semalam aku ke Queensbay seorang diri. Niatnya hendak ke bank je bank in duit untuk my mum.. tapi, dh alang2 sampai itu, ronda2 dulu la kat dalam tu. Terlalu ramai orang di sana kerana terdapat banyak SALE. Semalam ialah hari terakhir SALE diadakan secara besar-besaran. Sempat jugalah aku membeli serba sedikit keperluan sementara SALE. Jalanpunya jalan, ternampak J.CO Donut & Coffee. Dah lama sy teringin nak makan Donut J.CO. Dah alang2 duit masih banyak, beli la. Terbaru, ada Baby Donut. Sekotak ada 24 biji.. semuanya cantik2.. Harganya pun boleh tahan.. hanya RM18 untuk 24 biji(sekotak) apa lagi, beli la.. Ingat nak kongsi dengan kawan rapat, tetapi dia pula dh nak balik kg.. So terpaksa la aku makan sendiri malam tu. Saki baki yang tinggal aku buat breakfast dan lunch untuk harini. Sesungguhnya I Luv Bijirin.. Apa2 makanan yang dibuat dengan tepung gandum aku suka semuanya termasuklah roti, kek, donut, kuih muih.. Sedap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Listen to Quran 2

Instagram

Cari Blog Ini

WELCOME 2 MY BLOG

SELAMAT MEMBACA. SAYA AKAN UPDATE INFO2 YANG BERGUNA UNTUK ANDA