aBoUt My LiFe

aBoUt My LiFe
LiFe iS FaR aWaY

18 November 2012

Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah!! Rasanya tidak terlambat untuk saya ucapkan salam tahun baru untuk umat islam di seluruh dunia. Seperti biasa, setelah peralihan tahun, mesti ada azam yang baru,. Bak kata pepatah, buang yang keruh, ambil yang jernih. Yang berlalu dijadikan pedoman hidup supaya kita tidak mengulangi setiap kesilapan yang kita telah lakukan pada masa hadapan. Jadi, untuk tahun baru hijrah ini, saya juga mempunyai keazaman yang baru. Saya ingin membuang perkara yang lama, menyucikan diri dari segala dosa dan noda yang telah dilakukan secara sengaja ataupun secara tidak sengaja. Kita sebagai manusia, perlu berubah kearah yang lebih baik. Berhijrah daripada kelakuan yang buruk kepada kelakuan yang baik. Sesungguhnya orang yang berhijrah kearah kebaikan itu adalah orang yang sedar akan kedudukannya di dunia ini. Kita berhijrah bukanlah sesuatu yang mudah. Perhijrahan itu memerlukan kesabaran yang tinggi, keimanan dan ketakwaan kepada Alalh. Setiap apa yang kita rancang, tidak semestinya berjalan dengan lancar. Sebab kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukannya. 


Dalam perhijrahan ini, banyak perkara yang perlu aku titik beratkan supaya ia bukanlah peghijrahan hangat-hangat tahi ayam. Pada awal tahun sahaja menjadi, setelah bebarapa bulan, kembali kepada kedudukan asal. Kita perlulah berusaha untuk mencapai apa yang kita impikan. Tidak lupa untuk bermunajat kepada Allah S.W.T, berdoa, solat hajat, meminta Taubat dan keampunanNya. Insyallah, perhijrahan yang kita impikan akan berkekalan. Jika kita berhijrah, kita tidak perlu menoleh kebelakang, yakni perkara yang lampau, perlu dilupakan. Sekiranya kita bersungguh-sungguh melakukan amal ibadat tanpa jemu, Allah S.W.T tidak jemu mendengar dan Dia akan memakbulkan doa setiap hambaNya yang bertaubat. Semoga perhijrahan yang diimpikan akan dilaksanakan dengan jayanya.. Insyallah!! Allahuakbar!!!!

30 Jun 2012

Tentang Si Dia



Cerita hari ni adalah tentang si dia.. Siapa si dia tu ek? Mungkin ramai yang tak tahu dan x ambik kisah pun kisah saya dengan si dia. Kiasah kami bermula dari perkenalan dari sebuah laman sosial (bukan fb). Masa tu, aku memang suka post kata2 yang merangsang minda dan ada juga kata2 jiwang. Sebab aku suka tulis apa yang aku fikirkan. Mulanya si dia just komen2 je kt status aku. Aku pun suka komen status dia sebab semua status dia, aku suka. Memang menarik minatku untuk memberikan ulasan. Kadang2 status dia berkisar tentang kehidupannya, kadang2 tentang pendapat, atau kata2 hikmah. Aku tengok dia cam alim jgk la.. Ada pengetahuan agama. Itu la my first impression terhadap dirinya. Lagi pula, senyumannya menawan. Memikat hatiku. Pada mulanya, aku just anggap kenalan biasa yang suka2 komen2 dalam laman sosial tersebut.




Pada suatu malam, si dia mula memberanikan diri mesej kat aku dalam laman soaial tersebut. Dia meminta email ym aku.. masa tu, aku kat ruang tamu, tengok tv. Bila masuk bilik je, aku tengok ada mesej dari dia. Mula2 aku biasa2 je, just tanya kenapa nak ym aku. Pastu dia cakap xde pepe. saja je.. so, at last aku pun bagi jugak la email ym ku..








 Dia mintak no fon, katanya ada something nak tanya. Mulanya, aku cam xnak bg je. Fikir punya fikir, apa salahnya jika aku just nak kawan dgn dia kan kan kan....??? So, malam tu, dia terus call aku la. Tapi aku suruh dia call back dlm masa 5 minit sebab masa tu, aku dah terlewat tuk solat isyak. So, after solat, aku ym la kat dia, suruh dia call semula. First time dengar suaranya, hatiku berdetak 'ok jugak suara mamat ni. Macho orang kata. Aku cam biasa la, wat ayat sengal. Cakap cam tau semua benda.. Cam berlagak pun ada.. ehhe.. Tu la, bila difikirkan balik, aku pun x tau kenapa aku cakap dgn dia cam tu..




to be continue....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Listen to Quran 2

Instagram

Cari Blog Ini

WELCOME 2 MY BLOG

SELAMAT MEMBACA. SAYA AKAN UPDATE INFO2 YANG BERGUNA UNTUK ANDA