aBoUt My LiFe

aBoUt My LiFe
LiFe iS FaR aWaY

09 November 2011

Kenapa pilih Dia???!

   Sudah lama aku tidak menitipkan coretan didada blog ini. Masih adakah ruang untukku coretkan bingkisan hatiku yang seringkali berombak dan beralun tanpa rentak yang pasti. Aku sudah serik bercinta walaupun baru kenal beberapa manusia yang bergelar lelaki. Namun kenapa hatiku seringkali mengatakan Dialah jiwaku, Dialah penemanku, Dialah segalanya bagiku. Fikiranku tidak boleh lari dari memikirkan tentang dirinya. Seringkali aku bermimpi tentang dirinya, seringkali bayanganya muncul dalam ingatanku dikala aku memejamkan mata. Adakah aku sudah boleh ditasir sebagai GILA BAYANG? 


   Aku sudah tidak mahu diulit perasaan yang tidak pasti. Sidia pun tidak memberikan kata apa2 kepadaku. Memang aku sudah gila bayangannya. Seringkali otakku berlegar2 tentang dirinya, bayanganya, suaranya. Kenapa.. Kenapa.. Kenapa ia berlaku kepadaku? Aku tidak mahu ditipu oleh perasaanku lagi. Aku sudah penat. Sudah bosan keseorangan, sudah tidak mahu mencari lelaki yang hanya akan membuatkan air mataku jatuh ke pipi, yang hanya menyakitkan hatiku, yang hanya membuatkan jiwaku menderita. Aku tidak mahu melalui saat2 itu. Aku kepingin bahagia seperti orang lain, seperti manusia lain. Kenapa orang lain bisa dapatkan kekasih dengan senangnya, tetapi aku, terlalu banyak cabaran dan dugaan untuk mendapatkan kasih seorang lelaki. 


   Kenapa? Adakah aku tidak cantik? Adakah budi bahasaku buruk? Adakah aku keji? Adakah aku hina? Adakah aku tidak pandai bergaul dan tidak pandai menjaga perasaan orang lain? Siapa yang boleh menjawab setiap persoalanku ini? SIAPA? Hatiku seringkali merintih sendirian,. Hatiku seringkali meronta. Hatiku seringkali kesakitan tatkala melihat kebahagiaan orang lain. Melihat kemesraan orang lain, melihat betapa indahnya percintaan dalam perhubungan. Kenapa aku yang tidak dapat apa yang aku mahukan? Aku bukan mahukan seorang lelaki yang tampan serta berharta, cukuplah sebagai pendengar setia setiap keluhan dan rintihanku, menjadi pembimbingku ke jalan yang suci, menjadi pendampingku di syurga, menjadi pahlawan dimataku. Cukup sekadar sedap mata memandang serta  beragama. 


   Ya Allah, Kau berikanlah aku petunjukMu, Berikanlah aku jodoh yang dapat membimbingku ke JalanMu, Yang dapat memberi perlindungan kepadaku. Cepatkanlah jodohku. Aku tidak sanggup menghadapi derita lagi.. Mataku sudah tidak dapat menampung air jernih lagi. Sudah kekeringan.. Berikanlah aku peluang.. Jika dia jodohku, Kau tetapkanlah hatiku untuk memilih dia., Jika dia jodohku, Kau bukakanlah hatinya untuk memilihku serta memandangku, Jika dia jodohku, Kau dekatkanlah hatiku dan hatinya. Jika dia jodohku, Kau permudahkanlah jalan untuku membina bahagia didunia dan akhirat. Aminn Ya Rabbal alamin,.

11 September 2011

Selamat Hari Raya!!

Pejam celik, pejam celik, sudah sebulan berpuasa, raya pun sudah menjelma. Sekejap sahaja rasanya masa berlalu meninggalkan kita. Apa perubahan yang ada pada diri kita? Adakah kita telah berubah kearah kebaikkan atau kearah keburukkan? Itu sama-sama la kita jawab sendiri ye. Semua sudah besar panjang. Sudah boleh menggunakan akal fikiran masing-masing untuk berfikir. Walaupun ada yang dah berubah, tetapi ada juga yang masih belum berubah dalam diriku. Nak tahu apa? Soal jodoh. Aku masih sama macam dulu, single mingle sebab tiada siapa pun berani nak dekatiku. aku pun tidak tahu apa kekurangan dalam diriku. Aku tahu, aku tidaklah secantik miss World, tetapi aku bersyukur dengan kurniaan Allah kerana memberiku paras rupa yang sebegini.
    Aku tidak dambakan seorang lelaki yang kacak, tetapi cukuplah sekadar sedap mata memandang. Aku tidak nantikan seorang putera kayangan, cukuplah seorang yang beragama dan mampu membimbingku ke jalan yang benar. Aku tidak inginkan seorang yang cerdik pandai, tetapi cukuplah sekiranya sudah mempunyai pekerjaan. Aku sudah tidak mampu mencari lelaki idamanku sendiri. Terlalu sukar untukku cari sendiri. Semuanya aku serahkan kepada Allah yang menentukan jodohku. Walau aku menangis sebanyak lautan sekalipun, jika aku tidak  dapat mencari tuan kepada tulang rusukku, tiada gunanya. Aku sudah hampir putus asa. Aku sudah malas mengharungi derita sendirian. Aku sudah tidak tahu bagaimana untuk menghindari dari rasa sebegini. Aku hanya berserah kepada Allah. Biar Dia yang menentukan jodoh, ajal, mautku. Aku sudah penat sepenat-penatnya.
    Bila kita sendirian, barulah kita tahu apa erti kesunyian, keseorangan. Aku sudah terlalu lemah dalam hal percintaan dengan manusia. Musim raya, banyak kad kahwin yang diterima. Kadang-kadang aku terfikir sendiri, bila masaku akan tiba? Aku sudah kering otak untuk mencarinya. Ada sesetengah orang mengatakan bahawa kita tidak perlu mencari, hanya perlu menunggu ia datang sendiri. tetapi sampai bila kita perlu tunggu dan menunggu seperti bulan jatuh ke riba? Aku tahu, aku bukan seorang yang boleh tahan kesabaran. aku juga manusia biasa. Aku sudah bosan hidup begini.
    KAWAN? huh, ada apa dengan kawan jika tiada seorang pun yang dapat tenangkan hati kita? Tiada seorang pun yang boleh tolong kita masa kesusahan? buat apa berkawan jika kita yang menanggung derita? akhirnya kita sendiri juga. Aku mengaku yang aku bukan seorang kawan yang baik, tapi aku juga perlukan kawan dan kekasih dalam hidupku. Kalau kita meminati dan mencintai kawan kita, adakah akan terputus hubungan persahabatan kita? sebab itu aku tidak mahu menarik tali dengan kawan sendiri. tetapi kita tidak boleh menipu perasaan yang kian bercambah dalam diri kita. apa yang perlu kita buat? menghilangkan diri dari kawan kita? atau memberitahu dia tentang perasaan kita? Wait, sebenarnya kenapa kita perlu bercinta dengan kawan sendiri? mungkin sebab tiada orang yang take care tentang kita. Kenapa kita perlu fikirkan dia lebih-lebih? so, tenangkan fikiran, kosongkan fikiran, cari siapa sebenarnya diri kita. Fahami diri kita sendiri. cuba elakkan dari menghubungi kawan - kawan kita. cuba positifkan diri. Insyallah akan tenang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Listen to Quran 2

Instagram

Cari Blog Ini

WELCOME 2 MY BLOG

SELAMAT MEMBACA. SAYA AKAN UPDATE INFO2 YANG BERGUNA UNTUK ANDA