Hurm, sekejap je dh hujung tahun. Dah nak habis pun tahun 2011. Rasa banyak sudah perkar yang berlaku pd tahun ni. Asam, pedas, manis, masin, semua ada bercampur aduk mendadi satu. Itulah lumrah kehidupan kan? Aku baru saja baca satu blog yang paling menarik pada aku. Kisah hidupnya terlalu bahagia bagiku. Telah menemui cinta yang dicari selama ini. AKU??? Biarlah.. Hanya Tuhan yang tahu siapa jodohku.
Hari ini, lepas kerja, terus pergi Queensbay. Rancangnya nak cr buku n beli keperluan dapur skit. tapi bila dh ada duit dlm poket, smua benda yang nak dibelinya. adui, cepat la aku pokai. huhu.. Camner nk jimat lau smua rasa nak beli jer?
Ada byk buku yang berguna kat popular, pilih punya pilih, dpt la satu buku yg bertajuk 365 ways to live the law of atteraction. Mulanya pilih buku versi melayu yg bertajuk melawan negatif. Pastu pilih punya pilih, hati sudah jatuh hati dgn buku ini. Pastu aku pi beli lak mini white board. Hurm, apa nk buat. dah suka, terus beli tanpa pikir panjang huhu. Lepas membuat pembayaran, aku ke Jusco tuk beli barang dapur skit. punya la lama pusing2 dalam Jusco tu, akhirnya aku berjaya membelanjakan hampir kesemua wang dlm wallet ku. hehe. Biasa la, kalau tak boros, bukan perempuan namanya betui tak?
Boros punya pasal, nanti tak pasal2 kena ikat perut dalam seminggu lak untuk makan. huhu. Tu la, nafsu manusia terutama wanita, perlu kawal ye. Kalau tak, semua benda yg menarik je nk di beli. Kalau boleh beli dunia, dengan dunia sekali dibelinya..
Esok aku ada company activity pulak, tapi mata ni tak mahu tutup lagi. Makin galak dia buka. Dah la aktiviti esk main paint ball. First time aku nak main ni, tak tahu cmner nak main. huhu. Ala hentam je la hehe. yang penting dpt tembak orang.
Ok la, aku pun dah penat, perlu berundur dulu. bye3.. sampai ketemu lagi ye..
18 Disember 2011
09 November 2011
Kenapa pilih Dia???!
Sudah lama aku tidak menitipkan coretan didada blog ini. Masih adakah ruang untukku coretkan bingkisan hatiku yang seringkali berombak dan beralun tanpa rentak yang pasti. Aku sudah serik bercinta walaupun baru kenal beberapa manusia yang bergelar lelaki. Namun kenapa hatiku seringkali mengatakan Dialah jiwaku, Dialah penemanku, Dialah segalanya bagiku. Fikiranku tidak boleh lari dari memikirkan tentang dirinya. Seringkali aku bermimpi tentang dirinya, seringkali bayanganya muncul dalam ingatanku dikala aku memejamkan mata. Adakah aku sudah boleh ditasir sebagai GILA BAYANG?
Aku sudah tidak mahu diulit perasaan yang tidak pasti. Sidia pun tidak memberikan kata apa2 kepadaku. Memang aku sudah gila bayangannya. Seringkali otakku berlegar2 tentang dirinya, bayanganya, suaranya. Kenapa.. Kenapa.. Kenapa ia berlaku kepadaku? Aku tidak mahu ditipu oleh perasaanku lagi. Aku sudah penat. Sudah bosan keseorangan, sudah tidak mahu mencari lelaki yang hanya akan membuatkan air mataku jatuh ke pipi, yang hanya menyakitkan hatiku, yang hanya membuatkan jiwaku menderita. Aku tidak mahu melalui saat2 itu. Aku kepingin bahagia seperti orang lain, seperti manusia lain. Kenapa orang lain bisa dapatkan kekasih dengan senangnya, tetapi aku, terlalu banyak cabaran dan dugaan untuk mendapatkan kasih seorang lelaki.
Kenapa? Adakah aku tidak cantik? Adakah budi bahasaku buruk? Adakah aku keji? Adakah aku hina? Adakah aku tidak pandai bergaul dan tidak pandai menjaga perasaan orang lain? Siapa yang boleh menjawab setiap persoalanku ini? SIAPA? Hatiku seringkali merintih sendirian,. Hatiku seringkali meronta. Hatiku seringkali kesakitan tatkala melihat kebahagiaan orang lain. Melihat kemesraan orang lain, melihat betapa indahnya percintaan dalam perhubungan. Kenapa aku yang tidak dapat apa yang aku mahukan? Aku bukan mahukan seorang lelaki yang tampan serta berharta, cukuplah sebagai pendengar setia setiap keluhan dan rintihanku, menjadi pembimbingku ke jalan yang suci, menjadi pendampingku di syurga, menjadi pahlawan dimataku. Cukup sekadar sedap mata memandang serta beragama.
Ya Allah, Kau berikanlah aku petunjukMu, Berikanlah aku jodoh yang dapat membimbingku ke JalanMu, Yang dapat memberi perlindungan kepadaku. Cepatkanlah jodohku. Aku tidak sanggup menghadapi derita lagi.. Mataku sudah tidak dapat menampung air jernih lagi. Sudah kekeringan.. Berikanlah aku peluang.. Jika dia jodohku, Kau tetapkanlah hatiku untuk memilih dia., Jika dia jodohku, Kau bukakanlah hatinya untuk memilihku serta memandangku, Jika dia jodohku, Kau dekatkanlah hatiku dan hatinya. Jika dia jodohku, Kau permudahkanlah jalan untuku membina bahagia didunia dan akhirat. Aminn Ya Rabbal alamin,.

Langgan:
Catatan (Atom)
Cari Blog Ini
WELCOME 2 MY BLOG
SELAMAT MEMBACA. SAYA AKAN UPDATE INFO2 YANG BERGUNA UNTUK ANDA