aBoUt My LiFe

aBoUt My LiFe
LiFe iS FaR aWaY

19 Oktober 2010

I Miss Him a LOt...

Kenapa ye kita diberikan perasaan untuk merindui seseorang. Ternya perasaan sebegini membuatkan aku menangis bila terkenangkannya. Ya Allah, Kau tunjukkanlah aku jalan yang benar, jalan yang diredai olehmu.. Aku redha dengan ketentuanMu Ya Allah.. Kenapakah aku diberi ujian sebegini? Mengapa Engkau buat aku susah hati dengan mengingati manusia yang nyata tidak tahu sama ada sama merindui aku atau tidak. Aku takut Ya Allah.. Kau tolonglah aku, hambaMu yang lemah ini.
Seorang lelaki yang berjaya membuatkan aku menangis, berjaya membuat aku membuka pintu hatiku, Berjaya membuat aku lunturkan hatiku yang keras terhadap lelaki.. Kenapakah ianya bersifat sementara? Kenapa kerap kali aku melihat pasangan bercinta, hatiku sayu dan sakit.. Aku tidak mahu perasaan ini menyelubungiku setiap masa.. Kenapa aku selalu ditipu? Kenapa tiap kali aku jumpa manusia, mereka akan meninggalkan aku? mereka tidak akan menghubungi aku selepas berjumpa. Sebelum berjumpa, macam2 perkara yang mereka bualkan dan janjikan. Tetapi kenapa setelah berjumpa, semuanya senya seribu bahasa? Apakah salahku? Berikanlah aku kekuatan. Aku sudah jemu untuk bertemu dengan lelaki. Kenapa ia seringkali berlaku padaku? Setiap kali aku bertemu dengan manusia yang bernama lelaki di alam realiti, mesti mereka akan memilih rakanku. Apakah rasionalnya mereka memilih kawanku dengan menyuruh aku jadi orang tengah? Ya Allah, banyaknya dugaanku ini. Kenapakah ini semua terjadi padaku? Kenapa mereka buat aku seperti ini? Dulu, aku mempunyai seorang abang angkat. Tetapi setelah berjumpa, abang angkatku telah menyepi. Aku pun tidak tahu apakah sebabnya. Aku inginkan seorang abang yang selalu mengambil berat terhadapku. Kenapa aku tidak ada abang? Walaupun abang angkat cuma? Kenapa manusia buat aku begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Persoalan ini tidak akan terungkai sekiranya hati tidak gembira.

28 September 2010

HatiKu Sakit!!!!!!!!!!!!!!!!!

kenapalah aku seringkali disakiti??? Hatiku sering kali menangis? Aku hanya inginkan seorng putera yang dapat fahami jiwaku dengan sepenuh hatinya.. Memang susah untukku mencari putera tersebut kerana sering kali aku disakiti oleh manusia bernama lelaki.. Jika aku seorang lelaki, tidak susah untukku mendapatkan pasangan hidup.. tetapi masalahnya aku adalah seorang wanita yang lemah, yang tidak punya apa2.. Aku hanya insan biasa.. Aku tidak betah hidup sendirian lagi.. Inginku cari si putera hatiku.. Tapi dimanakah dia?? Aku sudah FED UP mencari sang putera yang tidak kunjung tiba.. Adakah aku terlalu memilih lelaki? Aku tidak rasakan begitu.. Lelaki yang selalu memilih pasangannya sendiri.. Hobiku suka berchatting dengan ramai kenalan baru.. Bab kata orang, "Sharing is caring". Aku hanya ikut rentak orang.. Adakah seorang wanita perlu mengenepikan maruah dirinya semata2 untuk mendapatkan seorang lelaki?? Oh tidak!! Lelaki hanya pemusnah wanita.. Si kumbang hanya tahu memusnahkan bunga yang sedang mekar dijambangan.. Adakah aku yang tergila2 kan lelaki? Mungkin disebabkan desakan keadaan, aku berani untuk mencari teman hidupku sendiri.. Namun, aku tidak tahu dimana harus ku cari dan bagaimana?? Tak kan aku nak buat macam perigi mencari timba kot?? Dunia sekarng ni tidak mustahil akan berlaku.. Tapi adakah hatiku akan selalu disakiti oleh insan yang bernama LELAKI??? I am fed up with you Guy!!! Macam mana lalgi caranya untuk ku mencari pasangan hidup.. Kaklongku akan berkahwin pertengahan tahun depan.. tapi aku? masih terkapai2 sendirian..Aku stress n pening!!!
tak tahu apa nak buat.. Orang yang selalu bimbing dan bagi nasihat kepadaku pun sudah tidak pedulikan aku..   adakah aku ini seorang wanita yang jahat???
AKU BENCI KAMU LELAKI!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Listen to Quran 2

Instagram

Cari Blog Ini

WELCOME 2 MY BLOG

SELAMAT MEMBACA. SAYA AKAN UPDATE INFO2 YANG BERGUNA UNTUK ANDA