Kenapa kita ditemukan dengan orang yang salah dahulu sebelum kita berjumpa dengan orang yang betul? Kenapa kita perlu hadapi semua perit jerih, dan sejarah HITAM? Ya sejarah hitam itu.. Kita tidak perlu menoleh kebelakang sekiranya kita mengalami SEJARAH HITAM dengan manusia yang tidak mengenang budi dan jasa kita. Apa yang mereka tahu adalah nafsu dunia yang tiada kesudahan. Apa yang mereka inginkan adalah hanya kemewahan dunia serta hidup bagai tiada kematian hari esok. Ya Allah!! Berdosakah jika kita berjumpa dengan makhlukMu yang sebegini? yang hanya bertopengkan kemanisan kata-kata? Kenapa begitu sukar untuk kita melupakan manusia yang telah merampas secebis kebahagiaan dan maruah kita? Kenapa Ya Allah?? Hanya Engkau yang mengetahui jawapannya.
So, setiap manusia diuji dengan pelbagai ujian untuk dinilai tahap keimanan kita kepada Pencipta. Persoalan KENAPA perlu diajukan kepada Pencipta. Dan soalan KENAPA kita tidak menunaikan segala suruhanNya telah diajukan kepada kita. Allah itu maha adil. Dia yang mengetahui yang tersirat serta tersurat. Yang baik serta yang buruk. Jika hati kita suram, muram, murung, resah, gelisah, jawapannya, bermunajatlah kepada ALLAH sang pencipta. Cerminlah diri kita 'adakah kita layak untuk ditemukan denganNya kelak'? Segala ujian yang diberikan adalah bertujuan supaya kita "Kembali ke pangkal jalan". Mungkin kita telah leka dengan keduniaan. Mungkin kita telah lupa tentang adanya 'Dia'.
Ya Allah, segala ujianmu adalah untuk kebaikan terhadap hambaNya. Supaya hambanya taat terhadap perintah yang telah ditetapkan kepada kita sebagai umat islam. Bagaimana kita mahu menceriakan hati kita yang muram, murung, resah dan gelisah??
Kembalilah kepada Allah.. Hanya Dia yang bisa mengubah seseorang. Hanya Dia yang bisa memberikan ketenangan.. Hanya Dia yang mengetahui yang mana baik dan buruk atas setiap kejadian yang berlaku kepada hambanya. Ceriakanlah hatimu dengan zikir-zikir, lagu-lagu yang memuji Allah. Ceriakanlah hatimu dengan munazakarah.. dengan mendengan tazkiran serta perbanyakkanlah ilmu agama, ilmu akhirat. Mudah-mudahan kita diberi ketenangan dan kebahagiaan yang diidamkan kelak. Bersabarlah dengan setiap ujian dan dugaan yang diberikan. sesungguhnya setiap dugaan itu menjadikan kita seorang mukmin yang sejati.
Wallahualam...